Memburu Buku Kisah Ombak Tiga Bersaudara

Terdapat sebuah buku yang di terbitkan dibawah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara yang merangkumi tentang lagenda, mitos dan kisah asal-usul tempatan seperti Kisah Pulau Kapal, Kisah Pulau Kucing dan Gua Bohey Duru.

Buku ini memuatkan lebih daripada 30 cerita rakyat suku kaum Bajau di Semporna yang dikumpulan melalui sumber bertulis dan lisan dari orang lama yang mempunyai pengalaman sejarah budaya tempatan.

Sebenarnya min sudah lama berkenan untuk memiliki buku ini namun kerana keadaan dan masa yang tidak mengizinkan terpaksalah menunggu masa yang sesuai. Syukur Alhamdullilah akhirnya hari ini berkesempatan juga untuk mencuri masa bagi mendapatkan buku tersebut.




Setiap kisah yang terdapat di dalam buku ini membawa nilai moral, pedoman hidup serta menyingkap sejarah dan identiti masyarakat Bajau Semporna.

Berikut senarai maklumat tentang buku ini…

Tajuk: Ombak Tiga Bersaudara: Kumpulan Cerita‑Cerita Rakyat Etnik Bajau Semporna

Pengarang/Kolektor: Sabilah Kadir, Jasni Matlani, Rubiah Nordin (penyusun)

Editor: Zainal Jaslan, Rohaniza Abdullah, Fauziah Ahmad

Penerbit: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia; dicetak oleh Omr Press Sdn. Bhd

Tahun Terbitan: 2008 (cetakan pertama)

Halaman: 171 muka surat (tidak termasuk kulit)

Harga: RM 23.00 sewaktu cetakan pertama




Seperti hari-hari biasa, hanya berbeza lokasi dan masa SM mempunyai sedikit tugas / kerja yang perlu dilaksanakan kali ini di sekitar Kuala Lumpur jauh dari kampung halaman. Ambil masa seminggu jugalah untuk bertapak di KL sementara menunggu selesai.

Memandangkan pengeluaran buku ini telah dicetak untuk pertama kali adalah pada tahun 2008, di perpustakaan Sabah sahaja adalah mustahil untuk mendapatkan salinan buku ini, begitu juga di Perpustakaan Semporna dan Tawau yang terdekat. Cari secara online pun pernah dan beli tetapi buku dalam keadaan yang tidak elok.

Jadi min telah menghubungi pihak Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara jika masih ada menyimpan koleksi buku ini dan mereka telah memberi respon positif bahawa masih terdapat beberapa salinan buku tersebut yang masih mereka simpan.

Maka sekitar jam 2 petang, ditemani insan tercinta kami berdua telah tiba di bangunan Menara TH Perdana Kuala Lumpur dimana ibu pejabat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara terletak.








Untuk masuk kami berdua perlulah mendaftar kehadiran kami terlebih dahulu untuk tujuan keselamatan sebelum dibenarkan naik ke tingkat 30.

Kemudian setelah selesai, kami pun mula bergerak ke pintu lift yang terdekat di iringi pengawal keselamatan yang bertugas untuk prosedur seterusnya iaitu scan keselamatan dalam lift bagi memberi kebenaran penggunaan lift bergerak naik ke tingkat atas.

Keluar dari pintu lift, belok ke kiri dari jauh kami bolehlah sudah melihat pintu utama ibu pejabat Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara. Kami pun masuk melintasi pintu utama dan di kaunter pertanyaan kelihatan Puan Aina iaitu petugas yang bertugas hari itu melayan kami dengan ramah sekali.

Memandangkan kami berdua datang pada bulan ogos, menurut Puan Aina kehadiran kami pada hari ini amat bertuah sekali kerana buku Kisah Ombak Tiga Bersaudara adalah antara beberapa buah buku yang terpilih dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari harga asal untuk tujuan promosi sempena bulan kemerdekaan tahun ini.




Harga asal buku tersebut dijual pada harga Rm23.00 namun hari ini kami boleh membelinya dengan harga RM9.20 sahaja dan hanya berbaki 2 buah buku yang tinggal kerana menurut Puan Aina penerbitan buku ini telah lama dihentikan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama