
Pulau Bum‑Bum, salah satu pulau terbesar di daerah Semporna, Sabah, sering dibicarakan tentang rancangan pembangunan jambatan yang menghubungkannya dengan tanah besar Semporna di jeti Balembang.
Jambatan Pulau Bum‑Bum telah “bergema” dalam beberapa era pentadbiran sejak 2012, tetapi diberhentikan pada 2014 dan belum disambung kembali dengan sebarang pembinaan walaupun beberapa pengumuman dibuat semasa kempen pilihan raya.
Keperluannya sangat besar — bukan hanya untuk memudahkan hidup penduduk, tetapi juga membuka peluang ekonomi seperti pelancongan, logistik, bekalan air dan pendidikan.
Pada Februari 2012, kerajaan Persekutuan memberi kelulusan dana awal sebanyak RM 25 juta dan peruntukan keseluruhan RM 430 juta melalui Belanjawan Pusat untuk projek jambatan sepanjang 1.4 km itu.
Kemudian, pada 2014, projek rasmi diterbitkan tetapi akhirnya dibatalkan sejak 2 April 2014 oleh Kementerian Kerja Raya, sebelum sempat dilaksanakan.
Pada 2018, Bekas PM Najib Razak turut mengumumkan niat untuk membina jambatan tersebut semula, tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan.
Diatas adalah surat yang menyatakan bahawa cadangan pembinaan jambatan Pulau Bum Bum, Semporna, dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya telah memutuskan untuk atau telah membatalkan pelaksanaan projek ini berkuat kuas pada 2 April 2014.
Surat ini adalah maklum balas daripada pihak JKR setelah Datuk Hj Abd Hajan nin Hj Gurimbang (Ketua Bahagian Sulabayan) meminta maklum balas tentang status perkembangan projek pembinaan jambatan ke Pulau Bum-Bum.
Surat rasmi jawapan KKR pada Februari 2024 meletakkan tanda ”dibatal terus” ke atas projek ini – tiada rancangan pembinaan diteruskan.