Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Pemegang Kad Pengenalan Pertama di Sabah


Kad pengenalan pertama di Sabah diperkenalkan pada tahun 1948, semasa zaman pemerintahan British North Borneo (Borneo Utara British) iaitu sebelum Sabah menyertai membentuk Malaysia pada tahun 1963 bagi tujuan keselamatan.

Sebelum Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia, wilayah ini dikenali sebagai Borneo Utara British dan ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company), kemudian oleh Pentadbiran Kolonial British selepas Perang Dunia Kedua.

Apabila Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, sistem kad pengenalan di Sabah telah digabungkan dengan sistem kebangsaan Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kad pengenalan lama British North Borneo digantikan dengan Kad Pengenalan Malaysia (IC) dan akhirnya berevolusi menjadi MyKad seperti yang digunakan sekarang.

Individu pertama yang memegang no kad pengenalan di Sabah adalah Tun Datuk Seri Panglima Haji Datu Mustapha bin Datu Harun (31 Julai 1918 – 2 Februari 1995) merupakan Yang di-Pertua Negara Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' dan 'Bapa Pembangunan Sabah'.

Berasal daripada kaum Bajau/Suluk, beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, daerah Kudat, Sabah.

Ciri-ciri kad pengenalan adalah no siri 000001 dan tertulis perkataan 'Identity Card State Of Sabah'.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama