Mungkin ada yang tahu dan ada juga segelintir yang tidak tahu Putu atau Piutu adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada ubi kayu.
Selain menjadi sebuah makanan ruji yang boleh menggantikan nasi ia sebenarnya boleh dihidangkan sebagai kuih
Sesuai untuk santapan di waktu petang, atau sarapan diwaktu pagi.
Caranya Putu atau Piutu akan di potong nipis-nipis terlebih dahulu, kemudian di goreng.
Setelah siap, ia akan dimakan begitu sahaja sama seperti Kuih Jemput-Jemput.
Memandangkan Putu / Piutu dihasilkan daripada ubi kayu, maka rasanya seakan-akan kuih yang mempunyai variasi rasa ubi kayu yang digoreng.
Ada juga yang makan dengan ikan goreng + lada, atau bersama hidangan laut seperti sagol, kima, tayum dan lain-lain lagi.
Ada juga yang makan dengan ikan goreng + lada, atau bersama hidangan laut seperti sagol, kima, tayum dan lain-lain lagi.
Paling menarik, Piutu / Putu Goreng ini selalunya juga diberi rasa kelainan dengan cara dimakan bersama susu pekat manis, memang lain dari yang lain tetapi rasanya memang lazat.
Belum pernah cuba ? Bah apa lagi jangan dikasi lama...


Catat Ulasan