Kuih Pelita ialah salah satu kuih tradisional Melayu yang sangat popular, terutamanya ketika bulan Ramadan. Kuih ini biasanya dihidang dalam bekas kecil yang dibuat daripada daun pandan atau daun pisang, yang bagi bau wangi semula jadi pada kuih.
Kuih ini terdiri daripada dua lapisan utama iaitu lapisan bawah berwarna hijau diperbuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum, air pandan dan gula. Lapisan ini mempunyai tekstur yang lembut dengan rasa manis serta aroma pandan yang harum.
Lapisan atas pula berwarna putih, diperbuat daripada santan pekat yang dimasak bersama sedikit garam. Bahagian ini memberikan rasa lemak dan sedikit masin. Gabungan rasa manis daripada lapisan bawah dan lemak masin daripada lapisan atas inilah yang menjadikan kuih tepung pelita begitu enak dan digemari ramai.
Untuk pengetahuan korang semua, kuih ini tidak selalu dijual sepanjang tahun. Jika ada pun, ia agak sukar ditemui. Kebiasaannya kuih tepung pelita mudah didapati hanya ketika bulan Ramadan, selepas musim tersebut, jika teringin untuk menikmatinya lagi, biasanya perlu menunggu sehingga bulan puasa pada tahun berikutnya
Dari segi asal-usul, kuih tepung pelita berasal daripada tradisi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia dan sering dikaitkan dengan negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.
Selain rasanya yang lazat, keunikan kuih ini juga terletak pada bekasnya. Pada zaman dahulu, orang akan membuat bekas kecil daripada lipatan daun pandan atau daun pisang yang menyerupai bentuk pelita.
Mengikut pendapat ramai penggemar kuih tradisional di Malaysia, antara kuih tepung pelita yang sering disebut sebagai paling sedap ialah Tepung Pelita Paya Jaras. Kuih ini berasal dari kawasan Paya Jaras dan telah lama terkenal terutama di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pertama kali min hairan juga sebab ramai orang sanggup beratur panjang untuk membeli kuih ini, bila beli & rasa patutlah sedap rupanya. Kalau jumpa tepung pelita jenama Paya Jaras baik korang singgahlah sebab macam slogan mereka kata "Rasa Sebulan Rindu Setahun", kerana kuih ini hanya di jual selama sebulan pada bulan ramadan, lepas tu klaw maw rasa kuih ini kena tunggu bulan puasa tahun depan pula
Nama "pelita" dipercayai datang daripada bentuk bekas inilah yang memberikan identiti tersendiri kepada kuih tersebut dan menjadi asal kepada nama kuih pelita.
Kuih ini juga mempunyai nilai budaya yang tinggi. Pada tahun 2015, kuih tepung pelita telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara.
Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa kuih tersebut merupakan sebahagian daripada warisan makanan tradisional yang penting dalam budaya masyarakat Malaysia.
Jadi, jika korang ngam-ngam berada di KL dan Selangor ketika bulan Ramadan, bolehlah ambik peluang untuk mencari kuih tepung pelita ini. Sebaiknya datang lebih awal kerana kuih ini sangat laris dan sering cepat habis dijual

