![]() |
Pulau Sipadan 90an |
Pulau Sipadan terbentuk daripada aktiviti gunung berapi jutaan tahun dahulu — koral hidup tumbuh di atas kon yang tertakup, menjadikannya satu-satunya pulau samudera Malaysia yang bangkit dari dasar laut sedalam hampir 600 meter.
Nama "Sipadan" dipercayai berasal daripada kisah tradisi Bajau. "Si Paran" ialah pengutip telur penyu yang ditemui mati di pantai, lalu gombran "Pulau Si Paran" berubah menjadi Sipadan.
Jacques-Yves Cousteau dalam dokumentari “Borneo: The Ghost of the Sea Turtle” (1989), memuji Sipadan sebagai “a masterpiece untouched”, menguatkan reputasi pulau sebagai lokasi menyelam bertaraf dunia.
Sengketa Kedaulatan (1969–2002)
Persengketaan antara Malaysia dan Indonesia bermula sekitar 1969 kerana isu sempadan laut yang kabur dimana kedua-dua negara telah menuntut pulau tersebut.
Pada 1997, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk merujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Pada 17 Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai kedaulatan, berdasarkan asas “effective occupation” bukti pentadbiran oleh British (pengganti Malaysia) seperti pembinaan rumah api (lighthouse) dan kawalan pengutipan telur penyu.
Kawasan Perlindungan Alam Semulajadi
Pada 1933, ketika era British North Borneo, Sipadan diwartakan sebagai sanctuary burung migrasi — tempat penting bagi megapod (ayam belatuk) dan burung laut yang berhijrah
Status ini disahkan semula pada 1963 setelah Malaysia merdeka.
Sejak 1981–2004, Sipadan mula ditawarkan sebagai taman marin dan pusat aktiviti menyelam, dengan semua resort dibongkar pada akhir 2004 untuk pemuliharaan.
Sejarah Ringkas Pulau Sipadan
- 1878 Under Sultan Sulu's territory
- Turtle Preservation Ordinance 1917 - Sipadan Island were made as the 'Native Reserve' subject to British North Borneo Company's Governor Jurisdiction.
- 1933 Sipadan Island was gazzeted as Bird Sanctuary.
- 1961 Light House were build for navigation purpose.
- 1969 Negotiation started regarding the claim of power authority and ownership of Sipadan and Ligitan Island between Malaysia and Indonesia.
- 1986 Started building chalet for recreation and operating scuba sport activities by private party.
- 1997 Special agreement Malaysia - Indonesia were signed, referring the solution of ownership through International Court Of Justice (ICJ) 30th May 1997
- 2002 ICJ decided that sovereignty right Sipadan and Ligitan Island were given ownership to Malaysia 17th December 2002.
- 2004 All resort operators were instructed to dismantel their structures and move their operation out of Sipadan Island by 31th December 2004
- 2005 Sabah Park Authority to manage Sipadan Island started 1th January 2005
Aktiviti Pengutipan Telur Penyu
Hak pengutipan telur penyu telah disenaraikan sejak 1878, diizinkan oleh Sultan Sulu kepada dua keluarga yang diwariskan turun-temurun. Aktiviti ini berlangsung hingga 1980-an sebelum kerajaan Sabah campur tangan
Usaha konservasi wujud sejak 1964 dan kini termasuk program penetasan telur yang terkawal — bertujuan memastikan populasi penyu haiwan terancam terus berkembang.
Turtle Conservation Hub
1964: Sipadan diwartakan sebagai turtle egg native reserve — salah satu langkah awal melindungi penyu dan telurnya.
Penyu hijau dan penyu karah sering dilihat bertelur di pulau ini, dan habitatnya dikawal oleh Sabah Wildlife Department dan Sabah Parks
Walaupun pusat penetasan utama (hatchery) berada di Pulau Mabul (dekat Semporna), banyak program pemantauan dan pelepasan anak penyu turut melibatkan Sipadan.
Pentadbiran & Peraturan Terkini
Sejak tahun 2005, Sabah Parks dan Pejabat Daerah Semporna mengambil alih pengurusan Taman Pulau Sipadan, dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara
Jumlah penyelam dibenarkan juga dihadkan:
- Sejak 1 April 2008 → maksimum 120 penyelam sehari
- Libatkan perubahan kepada 176 permit harian pada 2019, dan sejak 2023 hadkan 2 selaman per penyelam sahaja.
Pulau ini diisytihar rasmi sebagai Sipadan Island Park pada 1 Oktober 2009, mencakupi kawasan terumbu karang seluas 16,846 hectare.
Beberapa bulan pulau ditutup sepenuhnya setiap tahun (contohnya Disember) untuk pemuliharaan terumbu dan hidupan laut.