MAAF SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU

Igalton Regatta Lepa Kali Ke 30 Dicatatkan Dalam Malaysia Book Of Record


Igalton telah mencipta sejarah tersendiri di daerah Semporna apabila berjaya tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Komuniti Lepa Terbesar di Malaysia”. Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama komuniti Igalton, tetapi juga membuktikan bahawa warisan budaya masyarakat Bajau Semporna masih utuh dan terus berkembang.

Pencapaian ini dicapai menerusi penyertaan jumlah terbesar peserta dalam mempersembahkan tarian igal-igal secara serentak iaitu kira-kira 1613 orang peserta dalam tempoh masa sejam tanpa henti di Padang Bandaran Semporna yang julung kali diadakan sempena Pesta Regatta Lepa Semporna kali ke 30.

Menurut Pagawai Rasmi MBOR iaitu En Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah memaklumkan sejak ditubuhkan pada tahun 1955, Tarian Igal merupakan yang pertama direkodkan oleh MBOR bagi acara kebudayaan di Semporna.


Igalton adalah perkataan membawa maksud gabungan diantara Igal iaitu tarian suku kaum bajau dan ton yang mempunyai beberapa makna paling umum iaitu merujuk kepada,berat, aras bunyi atau kualiti bunyi dalam konteks muzik. Selain itu, "ton" juga boleh merujuk kepada kepalbagaian darjah kecerahan warna (warna-warni).

Lebih membanggakan, pengiktirafan oleh MBOR ini turut memperlihatkan semangat kerjasama dan perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat termasuk belia, nelayan dan penggiat seni budaya. Ia menjadi simbol kekuatan komuniti dalam memelihara identiti dan warisan bangsa.

Dengan kejayaan ini, Igalton bukan sahaja meletakkan nama Semporna di peta kebudayaan Malaysia, malah mencetus inspirasi kepada kampung-kampung lain untuk turut mengekalkan dan memartabatkan budaya warisan masing-masing.
Terbaru Lebih lama