Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.38 petang .
Menurutnya, enam anggota dan pegawai beserta dua jentera telah dikerahkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.
“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah bangunan jenis tidak kekal yang dipercayai bekas muzium yang sudah tidak beroperasi telah terbakar serta musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media.
Madzlan menjelaskan tindakan segera dilakukan menggunakan air dari jentera bomba untuk mengelakkan kebakaran merebak ke bangunan berhampiran.
“Kebakaran hanya melibatkan kemusnahan bangunan dan harta benda kerana muzium tersebut sudah lama ditutup,” tambah beliau.
Operasi lanjut dijalankan dengan pemeriksaan akhir untuk memastikan api benar-benar padam dan lokasi selamat untuk orang awam sebelum operasi ditamatkan pada jam 4 petang.
“Pasukan bomba akan menyiasat punca serta jumlah kerugian akibat insiden ini,” kata Madzlan.
Catat Ulasan