Nama 'Semporna' mempunyai asal-usul yang menarik dan berkaitan rapat dengan sejarah penjajahan serta keadaan geografi dan sosial kawasannya.
Semporna pernah berada di bawah pemerintahan Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada abad ke-19.
Asal Usul Nama 'Tong Talun'
Dikatakan bahawa nama 'Semporna' mula digunakan secara rasmi oleh pihak British semasa mereka menjadikan kawasan itu sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan. Berikut beberapa fasa nama Semporna bersilih ganti yang pernah digunakan,
Sebelum dikenali sebagai Semporna, kawasan ini dinamakan 'Tong Talun' oleh masyarakat Bajau tempatan.
Dalam bahasa Bajau, 'Tong Talun' bermaksud 'Hujung Huta'. Nama ini diberikan oleh tiga panglima Bajau Kubang iaitu Panglima Uddang, Panglima Sallehangni, dan Panglima Sakti
Ini adalah kerana lokasi geografi Semporna pada masa itu diliputi oleh hutan belantara yang tebal dan jika dilihat daripada kedudukannya, Semporna memang terletak paling hujung di timur Borneo Utara.
Pengaruh British 'Simporna'
Pada pertengahan tahun 1887, seorang Gabenor Inggeris bernama W.M. Crocker bersama seorang pedagang Cina bernama Toonah telah menemui kawasan ini.
Terpesona dengan keindahan dan ketenangan tempat tersebut, Gabenor Crocker menamakannya 'Simporna', yang bermaksud 'tempat untuk berehat'.
Nama ini mencerminkan peranan kawasan itu sebagai pelabuhan persinggahan yang strategik bagi pedagang asing selain lokasi yang strategik untuk singgah berehat ketika itu.
Evolusi Nama Kepada 'Semporna'
Walaupun nama 'Simporna' telah diberikan oleh pihak British, penduduk tempatan lebih cenderung menyebutnya sebagai 'Semporna' atau dalam dialek Bajau, 'Sampulna', yang membawa maksud "tempat yang aman atau damai".
Nama ini menggambarkan harapan dan realiti kawasan tersebut sebagai tempat yang selamat dan tenteram.
Perubahan ejaan kepada 'Semporna' berkemungkinan dipengaruhi oleh sebutan loghat atau perubahan semantik dalam pertuturan masyarakat setempat waktu dulu dimana bahasa melayu telah menyerap masuk ke Tong Talun ketika itu.
Akhirnya nama Sampulna telah tertukar menjadi Semporna iaitu sebuah perkataan yang sedikit cenderung kepada perkataan 'Sempurna'
Rumusan...
Perjalanan nama Semporna dari 'Tong Talun' kepada 'Simporna' dan akhirnya 'Semporna' mencerminkan transformasi kawasan ini dari hutan belantara kepada pelabuhan perdagangan yang penting dan kini sebagai destinasi pelancongan terkenal.
Nama 'Semporna' bukan sahaja menggambarkan keindahan semula jadi kawasan tersebut tetapi juga sejarah dan budaya yang kaya.Semporna juga dikenali sebagai 'Magindora' nama yang digunakan oleh penduduk asli yang terawal tinggal dikawasan berkenaan.