Tular sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan pengunjung di Pulau Sipadan terserempak dengan seekor pari saiz gergasi berwarna putih yang muncul di perairan Semporna, Sabah baru-baru ini.
Pemandangan luar biasa itu segera mencuri perhatian netizen di TikTok dan Facebook, sehingga mengundang ribuan komen yang terpukau dengan keindahan dan keanggunan makhluk laut tersebut.
Video sepanjang 14 saat itu telah memperlihatkan beberapa orang pelancong yang sangat teruja apabila untuk pertama kalinya telah melihat seekor pari berwarna putih yang dianggap 'rare' kerana amat susah untuk dapat melihat kelibat pari jenis ini untuk muncul.
Namun sebenarnya fenomena ini bukan pertama kali berlaku. Pada tahun 2024, spesies pari manta yang sama pernah menjadi tular apabila ia ditemui para pelancong di sekitar Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom.
Kini, kemunculannya sekali lagi menjadi sensasi bukan sahaja kerana saiznya yang mengagumkan, tetapi juga warna putihnya yang begitu jarang dan mempesonakan, menjadikannya antara penemuan laut paling istimewa di Semporna.
@sempornamari 𝐖𝐡𝐢𝐭𝐞 𝐌𝐚𝐧𝐭𝐚 𝐑𝐚𝐲, atau pari manta putih, merupakan antara makhluk laut paling jarang ditemui di dunia. Manta ray terkenal dengan tubuhnya yang besar serta gerakan renang yang anggun, namun varian putih ini lebih istimewa kerana warna tubuhnya yang unik dan habitatnya yang terpencil jauh di dasar laut. Terbaru, Tular satu video memaparkan seekor White Manta Ray gergasi yang muncul di perairan Semporna, Sabah. Pemandangan menakjubkan ini berjaya menarik ribuan komen dan reaksi daripada netizen di Tiktok dan Facebook yang kagum dengan keindahan haiwan tersebut. Keunikan pari manta putih ini alah varian luar biasa yang dipercayai muncul akibat mutasi genetik atau adaptasi,ekologi, menjadikannya amat sukar untuk ditemui. Dipetik dari sebuah kisah rakyat di Semporna iaitu 'Lagenda Arung Salamiah', ketika Arung Salamiah dan adiknya Arung Sariah cuba melarikan diri daripada diburu oleh Datu Jamalul Alam bersama pengikutnya, Syeikh Imam Maulana telah sempat berdoa agar semangat alam menolong mereka berdua. Cuaca tiba-tiba bertukar ribut, air laut tiba-tiba berombak besar dan guruh saling menyahut. sebaliknya perahu yang dinaiki oleh Arung Salamiah dan Arung Sariah kelihatan tenang terapung di atas seekor ikan pari gergasi yang merupakan jelmaan kepada ombo’ banag’ dengan pantas membawa mereka berdua berlalu pergi. #sempornamari #semporna
♬ original sound - Semporna Mari
White Manta Ray atau pari manta putih, merupakan antara makhluk laut paling jarang ditemui di dunia. Manta ray terkenal dengan tubuhnya yang besar serta gerakan renang yang anggun, namun varian putih ini lebih istimewa kerana warna tubuhnya yang unik dan habitatnya yang terpencil jauh di dasar laut.
Keunikan pari manta putih ini alah varian luar biasa yang dipercayai muncul akibat mutasi genetik atau adaptasi,ekologi, menjadikannya amat sukar untuk ditemui.
 |
| Credit Photo By WiseOceans |
Kalau di Semporna, ikan pari selalunya akan di jemur menjadi 'Kihampau' sangat sedap dimakan apabila direbus dan dimakan bersama cicah lada. Namun ikan pari juga terkait dengan beberapa cerita lagenda di Semporna contohnya...
Dipetik dari sebuah kisah rakyat di Semporna iaitu 'Lagenda Arung Salamiah', ketika Arung Salamiah dan adiknya Arung Sariah cuba melarikan diri daripada diburu oleh Datu Jamalul Alam bersama pengikutnya, Syeikh Imam Maulana telah sempat berdoa agar semangat alam menolong mereka berdua.
Cuaca tiba-tiba bertukar ribut, air laut tiba-tiba berombak besar dan guruh saling menyahut. Perahu perahu yang dinaiki oleh Arung Salamiah dan Arung Sariah kelihatan tenang terapung di atas seekor ikan pari gergasi yang merupakan jelmaan kepada ombo’ banag’ dengan pantas membawa mereka berdua berlalu pergi.
Dalam kepercayaan masyarakat Bajau, terutamanya di Sabah, ikan pari juga dikaitkan dengan unsur mitos, perubatan tradisional, dan juga sebagai saka atau makhluk halus yang menjelma. Kepercayaan ini berakar umbi daripada hubungan rapat masyarakat Bajau dengan alam maritim.