Alpaca Club ialah salah satu tarikan menarik di Kundasang, Ranau, Sabah yang terkenal dengan pengalaman berjumpa dan berinteraksi dengan sejenis haiwan yang dikenali sebagai Alpaca dalam suasana tanah tinggi yang sejuk dan nyaman.
Hai korang! Jumpa lagi di entri terbaru kami, Di sini kami berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman ringkas selepas melancong ke tempat-tempat menarik yang pernah Semporna Mari lawati. Harap perkongsian ini boleh jadi inspirasi untuk perjalanan anda juga!
Ia terletak di kawasan Mesilou, berdekatan laluan ke tempat popular seperti Desa Dairy Farm. Di sini, pengunjung biasanya boleh melihat alpaca dari dekat, menyentuh, memberi makan, dan bergambar.
Tempat ni memang sesuai untuk aktiviti keluarga dan “photo spot” dengan latar pemandangan Kundasang yang cantik. Kebanyakan lawatan dibuat dalam slot masa tertentu (lebih kurang 20 minit) untuk menjaga keselesaan dan keselamatan haiwan.
Lepas daftar masuk, kita jalan masuk ke kawasan kandang. Yang bestnya, alpaca dekat sangat dengan pengunjung, comel, berbulu gebu, dan ada yang memang manja. Staf akan bagi arahan ringkas, lepas tu barulah kita boleh beri makan, sentuh perlahan, dan ambil gambar. Moment bila alpaca datang dekat dan makan dari tangan tu memang buat semua orang excited, terutamanya budak-budak
Tips Lawatan
Alpaka adalah sejenis haiwan yang jinak namun sedikit sensitif, oleh itu terdapat sedikit panduan akan diberikan oleh penjaga atau guide sebelum kita masuk dan datang mendekati haiwan ini, antaranya
- Elakkan menyentuh telinga dan ekor alpaka kerana mereka sensitif di bahagian tersebut.
- Jangan mendekati dari hadapan atau belakang secara mengejut untuk mengelakkan Alpaka memberi reaksi seperti meludah atau menendang.
- Tidak boleh bising dan ambil gambar menggunakan “Flash”, haiwan ini tidak akan menggigit namun ia akan meludah 🤣 so hati-hatilah...
Bagi mereka yang tidak tahan sejuk, Jangan lupa untuk pakai pakaian yang bersesuaian kerana cuaca di sini adalah sejuk dan tidak menentu.
🏠Penginapan: Alpaca Club Homestay
Kalau datang kundasang bolehlah terus singgah sini, atau terus menginap dan bermalam sebab selain lawatan harian, di sini juga turut menyediakan penginapan/homestay untuk sesiapa yang mahu bermalam sambil menikmati suasana farm.
Terletak bersebelahan dengan ladang, homestay ini menawarkan pemandangan indah gunung kinabalu melalui balkoni.
Sambil melawat, kita boleh santai ambil gambar dengan latar farm dan pemandangan Kundasang yang memang “instagrammable”. Kalau nak lebih relax, ada juga yang datang sebab suasana sini tenang sesuai untuk family outing atau dating trip
Dapat akses percuma secara peribadi ke ladang alpaka dan arnab, selain itu ia juga dilengkapi dengan kemudahan dapur yang lengkap dan ruang BBQ. Homestay ini dapat memuatkan kapasiti sehingga 6-8 orang dalam satu masa, menarik bukan!
☎️Maklumat & Tempahan
Waktu operasi adalah dari 9:00 pagi hingga 4:30 petang, dengan sesi lawatan berdurasi 20 minit setiap kumpulan bagi mengelakkan kesesakan. Sepanjang sesi, anda boleh menyentuh, memberi makan, dan bergambar bersama alpaka. Namun, lawatan akan dibatalkan jika hujan, jadi rancanglah kunjungan anda dengan bijak.
Harga tiket untuk masuk adalah :
- Dewasa: RM15
- Kanak-kanak, Warga Emas & OKU: RM10
- Bayi: RM2 (termasuk)
Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati laman rasmi facebook Alpaca Club Sabah🔗 atau terus hubungi di talian no tel +60 11-5868 3622
So lepasni jika korang merancang percutian ke Kundasang, Sabah, jangan lepaskan peluang untuk singgah sekali ke Alpaca Club Mesilou.


