Sambutan Penubuhan Persekutuan Malaysia di Semporna


Gambar ini merakam suasana di Pekan Semporna sekitar awal 1960-an, sekitar tahun 1963 iaitu tempoh pembentukan Persekutuan Malaysia.

Kelihatan di sebelah kanan Bendera Malaysia (jalur merah putih, bulan dan bintang) manakala di sebelah kiri pula kelihatan Bendera Sabah / North Borneo lama (biru–putih–merah), digunakan sebelum dan sekitar 1963.

Semua ini menunjukkan gambar ini berkait rapat dengan peristiwa bersejarah kemasukan Sabah ke dalam pembentukan Malaysia.

Maksud tulisan Cina pada papan gerbang dibaca dari kanan ke kiri (cara penulisan lama) tulisan besar (baris atas) adalah

“Meraikan Penubuhan Malaysia” atau “Sambutan Penubuhan Persekutuan Malaysia”

manakala tulisan kecil (baris bawah) pula membawa maksud “Daripada seluruh masyarakat Cina atau oleh semua kaum Cina (di Semporna)”




Tulisan cina di papan gerbang ini dibuat bagi membuktikan sokongan masyarakat dan komuniti Cina Semporna ketika itu terhadap penubuhan Malaysia. 

Masyarakat cina di Semporna sangat sikit bilangan mereka, namun hubungan diplomatik dan politik bersama pihak penjajah British pada era kolonial amatlah kuat ketika itu berbanding pemimpin tempatan terutama dari segi sektor ekomoni.

Ini secara tidak langsung memberi sedikit kelebihan berbanding penduduk tempatan sebagai orang tengah bagi memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi dan pembentukan pekan Semporna itu sendiri.  

Di gambar ini juga kita dapat melihat bangunan pejabat pos lama dan menara kubu, bangunan USNO belum wujud ketika ini.

Kredit Gambar 
  • Felix Lim Vun Kim
Terbaru Lebih lama