Datu Mat Salleh Terbunuh di Tambunan Sabah

Muhammad Salleh, yang lebih dikenali sebagai Mat Salleh, dilahirkan di Inanam dalam sebuah keluarga yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat tempatan. 

Bapanya, Datu Balu yang berdarah Suluk, merupakan pemimpin masyarakat di kawasan tersebut berkahwin dengan seorang wanita daripada suku Bajau di Inanam. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. 

Mat Salleh kemudiannya berkahwin dengan Dayang Bandang yang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu.

Kehidupan keluarga ini kemudian berubah apabila mereka berpindah ke Sugut. Di sana, Datu Balu terus memainkan peranan penting sebagai ketua komuniti di Lingkabau dan Sungai Sugut sebelum kepimpinan itu akhirnya diwarisi oleh anaknya, Mat Salleh.


Gambar ini diambil di tepi Sungai Tambunan (1899) bersama Mr francis, Dr Conyngham and native. Mengikut catatan British Datu Paduka pernah bergambar 1898 perjanjian damai di Tambunan dan 1899 Tambunan.

Satu-satunya foto Mat Salleh yang diketahui hari ini menjadi bukti visual kewujudan tokoh penting ini dalam lipatan sejarah, dan disimpan sebagai rujukan berharga di Perpustakaan Negara Malaysia.

Sebagai pemimpin tempatan, Mat Salleh mengutip cukai daripada para pedagang yang melalui Sungai Sugut, selaras dengan amalan pentadbiran tradisional ketika itu. 

Namun, tindakan ini menimbulkan ketegangan dengan pihak British yang melihatnya sebagai cabaran terhadap kuasa mereka. Keadaan ini membawa kepada siri pertempuran antara tahun 1896 hingga 1897, di mana British menyerang Mat Salleh di Jambongan dan memusnahkan kubunya di Sungai Sugut.

Walaupun menghadapi tekanan hebat, Mat Salleh berjaya melarikan diri. Bersama pengikut setianya, beliau meneruskan penentangan terhadap British. Pada Julai 1897, mereka menyerang dan memusnahkan pejabat pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Pulau Gaya. 

Serangan ini kemudian disusuli dengan serangan ke atas pejabat Residen SBUB di Ambong. Sebagai tindak balas, British melancarkan serangan balas ke atas kubu Mat Salleh di Ranau pada Disember tahun yang sama, namun mereka gagal menewaskan pasukan Mat Salleh.

Tidak berputus asa, British kembali pada Januari 1898 dengan angkatan tentera yang lebih besar. Serangan ini memaksa Mat Salleh berundur ke Kampung Tibabar di Tambunan, di mana beliau membina kubu pertahanan yang lebih kukuh.

Usaha damai kemudian tercapai apabila rundingan dimeterai di Kampung Palatan, Ulu Menggatal pada April 1898. 


Perjanjian Menggatal Mat Salleh dan BNBCC (23 April 1898)

Perjanjian Menggatal adalah perjanjian damai yang dimeterai antara Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (BNBCC), diwakili oleh William Clarke Cowie dan Gabenor L.P. Beaufort, pada 23 April 1898.

Latar Belakang
  • Perjanjian ini diusahakan oleh Cowie, Pengarah Urusan BNBCC, yang percaya bahawa konflik yang berlarutan mesti diselesaikan secara aman selepas siri pertempuran yang sengit, termasuk serangan Mat Salleh ke atas Pulau Gaya dan Ranau.
Proses Rundingan
  • Rundingan berlangsung di Pulutan dan Menggatal. Pada awalnya, Mat Salleh menuntut pembebasan semua pengikutnya dan kebenaran untuk menetap di Sungai Inanam, tetapi ini ditolak oleh Cowie. Sebaliknya, Mat Salleh ditawarkan:

Kepentingan Perjanjian Menggatal adalah sangat besar dimana...

Perjanjian Unik 
  • Ia adalah satu-satunya perjanjian yang pernah dimeterai oleh kerajaan British dengan rakyat biasa Sabah.
Pengiktirafan Rasmi 
  • Perjanjian ini meningkatkan kedudukan Mat Salleh dalam kalangan ketua-ketua tempatan. British, yang sebelum ini melabelkannya sebagai "penjenayah," akhirnya mengubahnya menjadi seorang pemimpin yang harus dipandang serius.
Laluan Wira Rakyat 
  • Pengiktirafan ini membuka jalan bagi Mat Salleh diiktiraf sebagai pemberontak menentang British dan kemudiannya sebagai wira rakyat atau pejuang kebebasan.


Namun, keamanan itu tidak bertahan lama. Pada Januari 1899, apabila British berpakat dengan komuniti Taiwan yang bermusuhan dengan Mat Salleh, konflik kembali memuncak. Mat Salleh melancarkan semula serangan sehingga berjaya memaksa British berundur dari Tambunan.

Bagi menamatkan penentangan ini, British menghantar angkatan bersenjata yang lebih besar ke Tambunan. Pertempuran sengit bermula pada 1 Januari 1900. Satu demi satu pertahanan Mat Salleh berjaya ditembusi, dan kampung-kampung di Tambunan jatuh ke tangan British. 

Pada 27 Januari, tentera British tiba di kubu terakhir Mat Salleh di Kampung Tibabar. Selepas empat hari dikepung dan dibedil tanpa henti, kubu tersebut akhirnya berjaya ditembusi. Pada tengah hari 31 Januari 1900, Mat Salleh terkorban akibat tembakan mesingan bersama kira-kira 1,000 pengikutnya, sekali gus menamatkan perjuangannya selama enam tahun menentang penjajah.

Bagi memperingati keberanian dan pengorbanannya, sebuah tugu telah didirikan di lokasi beliau gugur. Tugu ini menjadi simbol penting dalam sejarah Sabah, menandakan antara episod awal kebangkitan anak watan dalam menentang kuasa penjajah. 
Terbaru Lebih lama