Adalah salah sebuah muzium yang terdapat di Semporna dengan menawarkan
Sejarah & Penemuan
Kajian arkeologi yang dijalankan sejak 1994 oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Muzium Sabah telah menemukan beribu-ribu serpihan tembikar, alat batu, dan sisa makanan yang menunjukkan aktiviti pembuatan tembikar yang aktif pada zaman tersebut disekitarnya.
Selain itu, penemuan artifak obsidian dan bukti pengebumian manusia menunjukkan adanya rangkaian perdagangan maritim dan pergerakan manusia prasejarah antara kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3,000 tahun dahulu.
Dengan penemuan ini Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah telah mengambil inisiatif untuk membangunkan tapak arkeologi Bukit Tengkorak menjadi sebuah Galeri Warisan Arkeologi.
Setelah selesai dibina pada 8 November 2010, galeri ini telah diserahkan oleh Jabatan Warisan Negara kepada Jabatan Muzium Sabah.
Sekitar tahun 2011-2014, Jabatan Muzium Sabah dengan bantuan Dr Stephen Chia dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, telah menjalankan kerja-kerja pengisian bahan pameran mengenai sejarah dan hasil kajian arkeologi di Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.
Galeri ini telah mula dibuka kepada orang ramai pada 23 April 2014, selepas majlis prapelancaran yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Semporna Dr. Chacho Hj Bulah bersama mantan Pengarah Jabatan Muzium Negeri Sabah, Puan Joanna Datuk Kitingan.
Beberapa tahun kemudian iaitu pada 10 Mei 2016, barulah Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak ini telah dibuka secara rasmi dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ( ketika itu ).
Galeri & Kemudahan
Muzium ini dibuka kepada orang awam pada pertengahan Julai 2011 dan telah dinaik taraf dengan projek bernilai RM4.2 juta.
Kemudahan yang disediakan termasuk galeri pameran, rumah penyelidik, pejabat Jabatan Muzium Sabah, tandas awam, papan penerangan, pelantar, dan wakaf.
Di buka setiap hari, waktu operasi bermula dari 9:00 pagi – 5:00 petang dan masuk adalah PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Muzium Sabah atau menghubungi pihak pengurusan.
Catat Ulasan