Susunan Peristiwa Sejarah Penentangan Panglima Lohari

Menjejak sejarah silam Penentangan Panglima Lohari Terhadap Kuasa Asing di Semporna, Tawau, Abad Ke 19.

Ini adalah sebuah kisah perjuangan seorang panglima yang tercatat sebagai seorang pahlawan tempatan bersama-sama pengikutnya yang gagah berani melawan dan menentang kuasa asing tetapi kisahnya yang mula pudar ditelan zaman.

Berikut adalah sebuah rekod perjuangan seorang insan istimewa yang telah dilupakan setelah bermandi darah oleh anak bangsanya sendiri...

Terlebih dahulu penulis meminta izin daripada waris tokoh atau sesiapa individu yang akan diceritakan dan meminta ampun dan maaf sekiranya ada sebutan, ejaan dan maklumat yang tersilap serta tertinggal tanpa disengajakan.

Berikut adalah kisah sejarah yang pernah berlaku, serangan dan peperangan antara kuasa asing iaitu pihak Inggeris dengan penduduk Pulau Omadal, Bum Bum, Pantau Pantau , Pulau Gaya dan kepulauan sekitarnya pada tahun 1886 sehingga 1887 melalui operasi HMS Zephyr dan sekali lagi Operasi Semporna tentangan Panglima Lohari terhadap pihak Syarikat Berpiagam British Utara Borneo dari Kampung Gulam Gulam, Semporna dari tahun 1895 sehingga tahun 1901.

Di sini kami kongsikan susunan peristiwa atau kejadian menurut urutan masa secara verbatim kisah penentangan Panglima Lohari terhadap kuasa asing :-


1857 – Nama Tawao sudah wujud dalam peta (Ken Goodlet, 2010)

29.12.1877 – Perjanjian konsesi Borneo Utara antara Sultan Brunei dengan Overbeck

22.1.1878 – Perjanjian Pajakan Sabah antara Sultan Sulu dengan Overbeck

1879 - Sandakan mula diduduki dan dibuka oleh pihak Inggeris

7.3.1885 – Protokol Madrid

1886 - Silam di buka oleh pihak Inggeris

1886-1887– Operasi HMS Zyhper, Pulau Omadal

10.5.1887 – Penempatan Semporna dibuka oleh Gabenor Crocker yang bererti cantik aman damai untuk dijadikan salah satu tempat perniagaan hasil hutan seperti rotan, sarang burung, gutta percha (getah), dari Pantai Timur Sabah ke Kepulauan Sulu (Owen Rutter, 1922 pg 41)

20.1.1891 – Perjanjian persempadanan antara pihak British dan Belanda

1.2.1891 – Pelantikan Ketua Kampung Pantai Timur seperti berikut :-

  1. Maharaja Santa Toona – Semporna
  2. Ulong Kaya Ngalun – Kampung Bharu

  3.  Panglima Lohari – Galam-galam

  4.  Panglima Abdul Rahman – Bajau Omadal

  5. Maharaja Aluni – Bajau Omadal

  6. Maharaja Samboi – Bajau Omadal

  7.  Imam Temenggung – Bajau Omadal

  8. Rajah Tua – Orang Idahan

  9. Datu Hya-Hya – Orang Idahan

  10. Pangeran Amas – Orang Idahan

  11. Sari Rajah – Orang Idahan

  12. Baginda Putih – Orang Idahan

1892 - Tawao di buka oleh pihak Inggeris

Pada Ketika itu Pulau Omadal, Bum Bum dan Pulau Gaya mempunyai penduduk seramai 3000 orang merupakan pusat perniagaan hamba abdi, aktiviti lanun dan juga sebuah kawasan bebas atau “a centre of Piracy, slave trading and general lawlessness”.

Di Tungku, Datu Kurunding, Pantow Pantow, Maharaja Alam dan Pulau Gaya, Raja Laut adalah wakil Sultan Sulu dan Maharaja Alam juga adalah wakil sultan untuk mengambil sarang burung di Madai dan Singalong. Omadal di bawah Panglima Abdul Rahman. (Ranjit Singh,2000)


OPERASI SEMPORNA - 1901

Pegawai Daerah Tawau, Encik Molyneux, melawat Simporna, Pulau Bum Bum dan kawasan sekitar menjejak orang yang terlibat dengan pembunuhan di Tawau. Beliau juga cuba menilai sikap penduduk Bajau Semporna secara keseluruhan yang masih mengamalkan gaya hidup yang bebas tanpa ada sebarang peraturan dan melakukan jenayah termasuk membunuh tanpa menghiraukan sebarang tindakan undang undang.

25.10.1901 – SS Normanhurst bertolak ke Semporna membawa pegawai perubatan dan juga 29 orang pasukan Dayak. Selain itu seorang penghulu dari suku kaum bugis di Tawau berjanji akan menyediakan 40 orang untuk menyertai operasi ini namun telah jatuh sakit dan tidak dapat ikut serta. Sebelum itu beliau sebenarnya telah meminta agar setiap seorang pengikut beliau mesti dibekalkan dengan selaras senapang sebelum mereka ikut berperang tetapi pihak kompeni mengabaikan permintaan mereka kerana khuatir faktor keselamatan (musuh dalam selimut) dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak meminta bantuan dari kumpulan penghulu tersebut.

26.10.1901 – SS Normanhurst sampai ke Semporna jam 9.45am dan berjumpa dengan Kough dengan 5 orang pengikutnya dari Lahad Datu. Mereka mencari seorang jurucakap Suku Bajau dan mendapatkan beberapa buah perahu. Kemudian menuju Pulau Larapan salah satu dari 49 pulau di sekitar persisiran pantai Semporna.

Di Pulau Larapan pihak kerajaan memeriksa setiap rumah dan memastikan tiada sebarang senjata yang disembunyikan. Mendapat khabar angin bahawa Panglima Lohari sedang membuat kubu pertahanan. Pasukan mendarat di Kampung Larapan dan berjumpa beberapa laras senapang, parang dan bujak yang diperbuat dari nibung.

Mengirim surat kepada Panglima Lohari agar datang berjumpa dan melaporkan diri kepada pihak kompeni. Panglima Lohari datang dan terus ditangkap.

27.10.1901 – SS Normanhurst berlayar ke Kampung Gulam Gulam dan setibanya mereka di sana bendera putih dikibarkan oleh Orang Kaya, Ketua Masyarakat Gulam Gulam. Pasukan SS Normanhurst mendarat di Kampung Gulam Gulam dan mengeledah seluruh kampung tetapi tidak berjumpa sebarang senjata. Panglima Lohari ditangkap dan akan dibawah ke Sandakan sehingga semua pembunuh ditangkap.

28hb Oct 1901 – Kough meminta Panglima Busari dari Danowan untuk melaporkan diri. SS Normanhurst melawat Gubang dan mendapat beberapa senjata. Penduduk Pulau Gubang diminta pindah ke Semporna.

29.10.1901 – Kough melawat ke Egang Egang

30.10.1901 – Panglima Lohari telah lari dari jagaan dua orang yang mengawalnya. Pada waktu malam Angkatan tentera laut pihak Inggeris berlayar ke Gulam Gulam dan membakar semua rumah di kampung tersebut dan menangkap Orang Kaya Gulam Gulam.

31.10.1901 – berlayar balik ke Gulam Gulam dan menyelesaikan tugas mereka sambil mencari senjata di mana mereka jumpa senjata yang dikubur di dalam tanah. Panglima Busari, Panglima Melabi dan Setia Tanduan semua di tangkap.

1.11.1901 – SS Taganac dalam operasi mengeledah rumah rumah tepi persisiran pantai dan pulau berhampiran berjaya menangkap Marudin dan Malu dua orang pembunuh yang dicari cari selama ini Bersama 15 orang Dayak. Kedua duanya di bawa balik ke Tawao.

2.11.1901 – Kough cuba membuat perangkap di Egang Egang untuk menangkap seorang lagi pembunuh bernama Saleilah tetapi tidak berjaya.

3.11.1901 – semua penjenayah di bawa balik ke Sandakan dari Tawau

4.11.1901 – sampai ke Sandakan

6.11.1901 – Gabenor berjumpa dan bertanya dengan para penjenayah untuk mendapatkan maklumat

7.11.1901 – SS Normanhurst berlayar Kembali ke Semporna mencari saki baki kumpulan penentang.

8.11.1901 – Kough pergi ke Tawao

9.11.1901 - sampai ke Tawao

10.11.1901 – mengarahkan Maharaja Alani mencari pembunuh yang lain.

11.11.1901 – Melawat kampung Timbu Mata dan Pulau Gaya dan menyiasat punca Panglima Laut meninggal dunia.

12.11.1901 – pergi ke perkampungan Bum Bum, Pantau Pantau, Gosong Melanta dan Omadal tetapi tidak berjumpa sebarang senjata

13.11.1901 – melawat Pakalangan untuk membuat satu penempatan pihak kompeni

14.11.1901 – Kough melawat Danowan dan memberi tahu penduduk kampung bahawa Panglima Busari ditahan di Sandakan dan meminta penduduk kampung mencari pembunuh yang lain

16.11.1901 – SS Taganac sampai membawa surat dari Walter Hasting untuk mengumpul semua pembesar dan pemimpin Semporna

18.11.1901 – terima berita bahawa Panglima Lohari dan para pengikutnya berada di Sibutu. Menulis surat kepada Datu Baginda untuk memastikan laporan kedudukan Panglima Lohari

20.11.1901 – mesyuarat dengan semua pemimpin masyarakat Semporna ditangguhkan sebab Walter Hasting belum tiba

21.11.1901 – pergi ke Tawao dan ingin berjumpa Penghulu tetapi Penghulu masih sakit

22.11.1901 – SS Normanhurst dan SS Taganac berlayar ke Serudong

23.11.1901 – Kough dan Walter Hasting berlayar ke Sandakan

24 – 27.11.1901 – mencari kumpulan pembunuh

27.11.1901 – Datu Baginda mengesahkan Panglima Lohari dan pengikutnya akan berkumpul di Sibutu. SS Normanhurst cuba mengejar Panglima Lohari dan pengikutnya yang menggunakan sebanyak 9 perahu untuk menuju ke Si Butu.

28.11.1901 – berjaya menangkap si Marudin yang sebenar

29.11.1901 – mendapat maklumat Panglima Lohari berada di Gulam Gulam tengah bersedih atas kejadian yang telah berlaku di kampungnya di mana musnah di bakar oleh pihak kompeni

30.11.1901 – Panglima Lohari bersama pengikutnya melaporkan diri dan mereka semua ditahan di Semporna dan di jaga oleh Panglima Udang selama 4 hari. Menghantar Si Lagun dan Setia Tanduan dengan 9 perahu mencari pembunuh yang lain.

1.12.1901 – pergi ke Gulam Gulam setelah mendapat laporan seorang wanita mati di bunuh dengan parang. Panglima Udang melaporkan bahawa Panglima Melanti secara suka rela akan mengatur segala urusan pengkebumian wanita tersebut.

3.12.1901 – berjumpa Panglima Lohari, Panglima Melanti dan Haliman yang masih menjadi orang tahanan dan bercerita dengan mereka. Semua tahanan di bawa ke Lahad Datu dan seterusnya ke Sandakan.

4.12.1901- balik ke Tawao
Terbaru Lebih lama