Thalassophobia ialah fobia spesifik terhadap lautan atau perairan yang luas dan dalam, bukan sekadar takut air biasa (Aquaphobia), tetapi ketakutan terhadap kedalaman, kegelapan, dan apa yang tersembunyi di bawah permukaan.
Ia bukan hanya sekadar takut tenggelam, tetapi rasa cemas yang melampaui kawalan—serta imaginasi terhadap makhluk misteri yang menghuni dasar laut.
Asal nama "Thalassophobia" datang dari gabungan dua perkataan dalam bahasa Yunani, iaitu Thalassa (θάλασσα) – bermaksud “laut” dan Phobos (φόβος) – bermaksud “ketakutan” atau “dread”
Jadi, secara literal, "Thalassophobia" membawa maksud ketakutan terhadap laut atau takut akan perairan yang luas dan dalam.
Punca & Faktor
Faktor Genetik
- Ketakutan terhadap lautan yang luas dan dalam dianggap satu mekanisme evolusi. Manusia purba lebih selamat kekal di tanah, jadi kurang rasa takut ini mungkin diwarisi secara genetik sebagai sifat pertahanan diri.
Trauma
- Kejadian seperti hampir tenggelam atau terseret arus secara langsung boleh mencetuskan phobia ini atau melihat orang lain lemas, mengalami kecelakaan berkaitan air juga boleh menghasilkan kesan emosi yang mendalam.
Pengaruh Media & Budaya
- Dokumentari, filem dramatik (contohnya Jaws) dan berita serangan jerung atau kapal karam menyumbang kepada persepsi bahawa laut adalah berbahaya ataupun cerita dongeng tentang makhluk dasar laut atau kisah seperti "Loch Ness Monster" turut memberi kesan kepada fikiran bawah sedar manusia.
Persekitaran
- Anak yang menjadi saksi orang tua atau ahli keluarga mempamerkan ketakutan terhadap air dalam mungkin meniru sikap tersebut.
Misteri & Faktor Lain
- Kedalaman laut yang hitam pekat menimbulkan ketakutan akan 'apa yang tidak kita lihat' secara tidak langsung menghidupkan imajinasi negatif. Orang yang mudah 'overthink' atau terdedah kepada imaginasi negatif cenderung membentuk fobia yang lebih cepat.
Thalassophobia bukan sekadar ketakutan, ia adalah kombinasi ketidakpastian, trauma, dan imaginasi terhadap dunia yang tidak diketahui.
Ia boleh mengganggu pengalaman hidup seperti melancong ke pantai atau aktiviti di laut. Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan kaedah terapi yang tepat.
Jika anda rasai gejala ini mengganggu, berjumpalah dengan pakar psikologi atau psikiatri adalah langkah awal membina kembali keyakinan untuk “menyelami”, bukan melarikan diri.