
SJK (C) Nyuk Hwa Semporna ditubuhkan pada tahun 1935 dengan nama SJK (C) Hua Chiao yang diasaskan oleh tujuh orang iaitu Ang Soon Hong, Gan Kim Gat, Sim Zan Seng, Lian Long Xing, Lim Bao Bei, Lim Boon Kiam dan Lian Choon Mao. Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 20 orang murid sahaja.
Pada tahun 1940, Perang Dunia Kedua tercetus, sekolah ini dipaksa berhenti selama 5 tahun. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, sekolah dibuka semula pada tahun 1945.
Selepas itu, nama sekolah Hua Chiao diubahkan kepada SJK (C) Nyuk Hwa sehingga kini disebabkan kerana nama sekolah Hua Chiao bercanggah dengan nama dalam akta pendidikan dan pentadbiran.
Pada tahun 1998, disebabkan lokasi sekolah lama berada di kawasan pekan, pihak lembaga mendapati lokasi sekolah tersebut sudah tidak sesuai dijadikan sebagai tapak sekolah.
Oleh itu, SJK (C) Nyuk Hwa telah dipindahkan ke sebuah tapak baru seluas 4 ekar yang terletak 500m dari pekan, iaitu alamat sekolah sekarang.
SJK (C) Nyuk Hwa Semporna adalah satu-satunya sekolah jenis kebangsaan Cina di pekan ini. Sekolah ini telah banyak menyumbang jasanya dalam pembangunan masyarakat dengan mendidik anak-anak di Semporna khususnya.