Walaupun tidak banyak dokumentasi rasmi yang menyentuh secara panjang lebar tentang eksplorasi Gua Penyu oleh Cousteau, namun kehadiran beliau dan pasukannya di Sipadan pada tahun 1988–1989 telah membuka tirai kepada penemuan menakjubkan termasuklah Gua Penyu, yang sebelum itu langsung tidak diketahui oleh dunia luar.
Siapa Jacques Cousteau ?
Nama penuh : Jacques-Yves Cousteau
Kewarganegaraan : Perancis
Profesion : Penyelam, pengarah filem dokumentari, penemu alat skuba (Aqua-Lung), pencinta laut, dan pengasas organisasi Cousteau Society.
Beliau terkenal kerana menjelajah lautan dengan kapal ikoniknya, Calypso, dan menghasilkan dokumentari berkualiti tinggi yang membawa dunia bawah laut ke skrin global.
Kunjungan Cousteau ke Pulau Sipadan
Pada tahun 1989, Cousteau dan pasukannya tiba di perairan Semporna dan berlabuh di Pulau Sipadan untuk satu misi eksplorasi dan dokumentasi. Tujuan mereka adalah untuk meneroka keunikan biodiversiti marin di rantau ini, yang dikatakan antara yang paling kaya di dunia.
Ketika menyelam di sekitar Sipadan, pasukannya telah menemui satu struktur gua yang ganjil, gelap dan dipenuhi dengan sisa-sisa tulang penyu. Tempat ini kemudian dikenali sebagai Turtle Tomb atau Gua Penyu.
Seawalnya mereka tidak mengetahui tentang kewujudan gua ini sehinggalah mereka secara tidak sengaja menjumpainya akibat mengikuti seekor penyu hijau yang seolah-olah membawa mereka ke lokasi gua tersebut.
Penemuan Gua Penyu oleh Pasukan Cousteau
Gua Penyu adalah sebahagian daripada sistem gua batu kapur bawah laut yang terbentuk berjuta-juta tahun dahulu, ketika Pulau Sipadan terbentuk daripada karang yang bertindan di atas gunung berapi purba.
Pasukan Cousteau masuk ke gua ini dan menemui sesuatu yang mengejutkan iaitu terdapat puluhan tengkorak dan rangka penyu bertaburan di lantai gua.
Gua ini dipenuhi laluan sempit, bilik-bilik kecil, dan ruang kubah yang gelap sepenuhnya. Tiada arus yang kuat, tetapi ruang itu sangat disorienting dan amat mudah untuk hilang arah.
Apa yang menariknya tiada bukti bahawa penyu-penyu tersebut diburu menunjukkan mereka mati secara semula jadi di dalam gua ini.
Kesan Lawatan Cousteau kepada Sipadan dan Gua Penyu
Peningkatan perhatian dunia kepada Pulau Sipadan sebagai tapak menyelam kelas dunia.
Perlindungan alam sekitar – Kerajaan Malaysia mula memperketatkan kawalan pelancongan dan menyekat pembinaan resort di Sipadan.
Peningkatan penyelidikan sains – Kajian tentang tingkah laku penyu, gua marin, dan konservasi terumbu karang bertambah aktif.
Menjadikan Gua Penyu sebagai lokasi ikonik – walaupun hanya boleh dimasuki oleh penyelam gua terlatih, ia kini menjadi tempat yang disebut dalam hampir semua dokumentasi tentang Sipadan.
Hasil lawatan tersebut, pasukan Cousteau menghasilkan dokumentari bertajuk :
Borneo: The Ghost of the Sea Turtle (1989)
Walaupun dokumentari ini tidak sepenuhnya fokus kepada Gua Penyu sahaja, tetapi ia memaparkan beberapa klip penting:
🔖Rakaman menyelam di dalam Gua Penyu.
🔖Pemandangan kerangka penyu di dasar gua.
🔖Keindahan luar biasa Pulau Sipadan dari atas dan bawah permukaan.
Biodiversiti luar biasa yang membuatkan Cousteau berkata:
I have seen other places like Sipadan, 45 years ago. Now we have found again an untouched piece of art.
Hingga ke hari ini, nama Jacques Cousteau kekal sinonim dengan Pulau Sipadan dan Gua Penyu, dan pengaruhnya terus hidup dalam kalangan penyelam, pencinta alam, dan pengkaji laut seluruh dunia.
Catat Ulasan