Latok atau nama saintifiknya “Caulerpa Lentellifera” ialah sejenis rumpai laut yang juga dikenali sebagai “Anggur Laut” kerana bentuknya yang menyerupai gugusan anggur kecil.
Di Sabah ia merupakan juadah dari laut yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Bajau dan Suluk terutama sekitar Pantai Timur Sabah dan sering digunakan dalam masakan tradisional.
Latok tumbuh di kawasan pantai cetek dan berpasir. Ia mempunyai rasa sedikir masin, sedikit berlendir namun segar dengan tekstur yang rangup dan meletup seperti kaviar apabila dikunyah.
Selain rasanya yang unik, Latok juga kaya dengan nutrien yang sangat berkhasiat seperti kalsium dan protein yang dipercayai dapat membantu mengurangkan pelbagai jenis gejala dan penyakit.
Ia juga mengandungi serat, vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk kesihatan keseluruhannya. Berikut antara kebaikan jika mengambil Latok sebagai seb