Terletak di Lebuh Kimberley, Georgetown, Pulau Pinang. Dark Mansion mula beroperasi sejak tahun 2018 dan menjadi muzium seumpamanya yang pertama di Malaysia.
Selain itu, muzium ini dikenali sebagai antara muzium seni moden yang unik kerana menggabungkan elemen sains dan teknologi, yang kemudiannya diterjemahkan menjadi karya seni yang sangat menakjubkan.
Ia juga menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Pulau Pinang.
Antara tarikan utama ialah "Fire & Water: Tribute To Darwin", karya pelukis jalanan terkenal dari Jerman, Edgar Mueller. Karya ini memaparkan perubahan suasana daripada siang ke malam yang dianggap sebagai masterpiece dan hanya boleh dinikmati di muzium ini sahaja.
Memang kedengaran sangat menyeronokkan, bukan?
Muzium ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranta di bahagian Tropical Pandora: The Forbidden Land pula, pengunjung akan merasai pengalaman seolah-olah berada dalam dunia Avatar, lengkap dengan makhluk istimewa yang menyambut kedatangan anda.
Seterusnya, terdapat Infinity Room yang memberi pengalaman meneroka dunia malam tanpa siang, ditemani makhluk bercahaya. Bahagian terakhir ialah New Atlantis: Underwater World, di mana anda boleh merasai pengalaman seolah-olah hidup sebagai mermaid tanpa perlu menyelam ke dalam laut.
Harga tiket untuk warganegara Malaysia ialah RM30 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Tiket juga boleh ditempah secara dalam talian melalui Klook.
Waktu operasi adalah setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.30 petang.
Sebagai peringatan, lokasi muzium ini berada betul-betul di tepi jalan raya, jadi ruang parkir kereta sangat terhad. Jika datang pada waktu puncak, kemungkinan besar anda perlu parkir agak jauh.
(Update - Muzium ini telah ditutup pada 28hb Februari 2024)
