MAAF SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU

Asal Usul Nama Bohey Dulang


Asal-usul nama "Bohey Dulang" berasal daripada bahasa Bajau, di mana "Bohey" atau "Bohi" bermaksud "Air", manakala "Dulang" merujuk kepada "Kolam" atau "Talam".

Gabungan kedua-dua perkataan ini menggambarkan ciri-ciri geografi 7 buah kolam atau telaga semula jadi yang terletak di bahagian timur pulau tersebut yang dikenali sebagai "Bohey Dulang".

Setiap telaga mempunyai saiz dan ketinggian yang berbeza, dengan telaga ketujuh mampu memuatkan 8 hingga 10 orang.

Ramai yang beranggapan bahawa nama "Bohey Dulang" berasal daripada bentuk lagun besar yang terbentuk akibat runtuhan kawah gunung berapi purba yang berlaku ribuan tahun dahulu yang kini dipenuhi oleh air laut.

Hakikatnya Pulau Bohey Dulang dan Bukit Bohey Dulang mendapat akan kedua namanya berpunca daripada kewujudan telaga-telaga tersebut.
Terbaru Lebih lama