MAAF SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU

Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Lepa & Regatta Lepa

Lepa 


  • Sejak zaman sebelum merdeka @ zaman prakolonial, lepa sebenarnya sudah lama wujud sebagai salah satu kenderaan pengangkutan di laut.


  • Sebelum dikenali sebagai Pesta Regatta Lepa, diawal kemunculannya ia lebih dikenali sebagai Tamu Besar Semporna sebelum namanya diubah hasil daripada cadangan Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai.


  • Taman-Taman Sabah di bawah Kementerian Pelancongan Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna telah membuat keputusan untuk menghidupkan semula Tamu Besar Semporna untuk menyuntik dan meransang sektor pelancongan di Daerah Semporna.
  • Pada tahun 1994, Regatta Lepa telah di rasmikan oleh Yb. Datuk Askalani Hj. Abd. Rahim Adun Lahad Datu merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah pada ketika itu


  • Lepa kali terakhir digunakan adalah pada sekitar tahun 1980an dan kemudian perlahan-lahan terhapus dari perairan Semporna kerana saingan daripada jenis perahu lain yang lebih praktikal, laju dan murah.


  • Pemilihan bulan April sebagai tarikh sambutan Regatta Lepa adalah bagi menyesuaikan jadual penganjuran bagi perayaan-perayaan lain di Negeri Sabah misalnya Pesta Menuai, Regatta Perahu Naga, Pesta Kebudayaan Antarabangsa dan sebagainya.



Sambutan Regatta Lepa yang paling meriah dan paling ramai pengunjung ialah pada tahun 2010 ketika Datuk Seri Hj Mohd Shafie Apdal masih menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan letupan Bunga Api paling kuat, paling besar dan paling lama ditembakkan ke udara.

Pada waktu dulu sebelum era penjajahan, Lepa akan dibeli menggunakan DUBLUN

Pada masa kini, hanya ada beberapa orang yang mahir membuat dan mengukir (UKIL) Lepa dan ianya adalah pekerjaan yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. Sehingga kini belum ada sekolah atau institusi khas ditubuhkan kerajaan Negeri Sabah untuk melestarikan seni dan kemahiran UKIL ini.

Pada tahun 2023 untuk pertama kalinya sebuah pertandingan tradisional yang diadakan sempena Festival Regatta Lepa di Semporna yang menampilkan peserta lelaki, Lallah Dorogan atau Master Bajau diperkenalkan. Ia boleh dianggap sebagai versi lelaki bagi pertandingan "Ratu Lepa" 

🔗 Lallah Dorogan



📷 All photo Regatta Lepa 2016 taken by Semporna Mari
Terbaru Lebih lama