MAAF SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU

Regatta Lepa Semporna 2025 Kali Ke 30


Kini kembali lagi, Acara kebudayaan yang paling dinantikan di Semporna...

𝗥𝗘𝗚𝗔𝗧𝗧𝗔 𝗟𝗘𝗣𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝟮𝟴-𝟮𝟵 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗼𝗿𝗻𝗮, 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵

Regatta Lepa 2025 kali ke-30 bakal berlangsung pada 28 hingga 29 Jun 2025.

Setiap tahun, lautan Semporna akan berubah menjadi  sebuah pentas warna-warni yang memukau dengan kehadiran Regatta Lepa sebuah festival tradisional untuk meraikan budaya maritim suku kaum Bajau Semporna mahupun di sekitar Pantai Timur Sabah. 

Regatta Lepa bukan sekadar perayaan, ianya adalah warisan hidup masyarakat Bajau yang kaya dengan adat, seni dan tradisi yang bersangkut paut dengan kehidupan maritim.

Lepa, perahu tradisional masyarakat Bajau akan kembali mewarnai laut Semporna dengan hiasan yang memukau bersama semangat komuniti yang luar biasa.


Dihiasi indah dengan kain berwarna-warni, ukiran halus, dan bendera kecil yang berkibar megah. Festival ini bukan sekadar perarakan perahu, tetapi juga satu penghormatan terhadap warisan nenek moyang yang hidup berakar pada laut.

Regatta Lepa bukan hanya menjadi acara tarikan pelancong, tetapi ia juga merupakan satu simbol perpaduan dan identiti komuniti Bajau di Semporna dan sekitar Pantai Timur Sabah khususnya. 

Mari bersama-sama memelihara dan meraikan keunikan budaya ini...


Antara Yang Menanti Anda :

  • Pertandingan Lepa Tercantik

  • Tarian & Persembahan Tradisional

  • Pameran Budaya & Kraftangan Bajau

  • Jualan Makanan Tempatan Yang Menyelerakan
Dan Banyak Lagi....


"Budaya Bajau adalah jiwa lautan – berakar di laut, bernafas dalam irama ombak"

Post a Comment

Terbaru Lebih lama