Kesan Minum Air Laut Berlebihan


Kalau seseorang terminum air laut, sebenarnya dia telah menelan air yang mengandungi pelbagai jenis garam, mineral, dan bahan-bahan lain yang boleh memberi kesan kepada kesihatan jika diambil dalam jumlah yang banyak. 

Sebelum itu, kita harus perlu tahu apa sebenarnya isi kandungan utama yang terdapat didalam air laut dan kandungan apakah yang akan memberi tindak balas terhadap kesihatan kita.

Kandungan utama air laut adalah terdiri daripada Garam (Natrium Klorida – NaCl) iaitu 3.5% kandungan air laut adalah Garam.

Natrium (Na⁺) dan Klorida (Cl⁻) adalah dua ion  yang paling dominan, bayangkan rasa air laut masin adalah berpunca daripada Natrium Klorida ini.

Air laut juga mempunyai unsur lain dalam julat yang sikit seperti Magnesium (Mg²⁺) – boleh menyebabkan cirit-birit jika tertelan banyak, Kalsium (Ca²⁺), Kalium (K⁺), Sulfat (SO₄²⁻) dan Bikarbonat (HCO₃⁻).

Manakala Zink, Besi, Tembaga, Mangan, Selenium, Fluorida dan Iodin adalah beberapa unsur penting untuk tubuh badan kita, tetapi dalam air laut, kepekatannya sangat rendah dan tidak memberi manfaat langsung bila tertelan.


Meminum air laut secara sengaja atau tidak adalah tidak selamat untuk kesihatan kita walaupun dalam jumlah yang sikit.

Ia boleh mengakibat Dehidrasi kerana garam yang berlebihan memasuki tubuh kita akan menarik keluar air dari sel-sel badan.

Selain itu akibat daripada kepekatan garam dan magnesium yang terdapat di dalam air laut boleh membuatkan sesiapa yang terminum atau minum air laut mengalami gejala mual, muntah-muntah serta cirit-birit.

Manusia yang meminum air laut akan merasa lebih haus, Namun perlu diingatkan di sini, kehausan yang dirasai bukanlah seperti apa yang dirasai ketika anda berasa haus kerana kurang minum air. Anda akan mengalami pelbagai jenis simptom mengikut kadar pengambilan air laut.

Simptom seperti lemah badan, rasa loya, berdebar-debar, darah tinggi dan delirium adalah gabungan antara tindakan fisiologi badan yang cuba untuk mengekalkan fungsi sel pada tahap optimum.

Buah pinggang merupakan organ perkumuhan penting bagi manusia. Ia dapat mengawal keseimbangan nutrisi mikro di dalam badan bagi mengekalkan tahap kesihatan individu pada paras optimum.

Bahan toksin, urea, bahan perkumuhan yang mengandungi nitrogen dan garam lebihan ini merupakan contoh bahan-bahan yang dikumuhkan oleh organ buah pinggang melalui air kencing. 

Buah pinggang hanya boleh menghasilkan air kencing jika kepekatan garam di dalam badan tidak melebihi 2% tetapi air laut mengandungi kira-kira 3% garam. Jika anda minum air laut, kepekatan garamnya yang tinggi akan menyebabkan proses osmosis bagi membuang lebihan garam tersebut terganggu.


Tekanan darah juga akan meningkat disebabkan natrium yang berlebihan dan peminum akan mengalami simptom keracunan atau jangkitan jika air laut yang diminum mengandungi bakteria atau tercemar.

Air laut bukan hanya "air masin" biasa. Ia adalah cecair pekat dengan campuran garam dan mineral, serta boleh mengandungi unsur biologi dan pencemar. Walaupun terminum sedikit secara tidak sengaja semasa berenang biasanya tidak berbahaya, menelannya dalam jumlah banyak secara tidak langsung akan mampu memudaratkan kesihatan.

Kita juga harus peka bahawa Organisma Mikro seperti bakteria laut, virus, dan mikroorganisma lain mungkin ada dalam air laut. lenih-lebih lagi dengan sisa tercemar seperti sisa minyak, bahan kimia industri, najis manusia atau haiwan, logam berat (seperti merkuri atau plumbum) mampu menggugat kesihatan kita.

Bergantung kepada lokasi (terutama berhampiran kawasan tercemar), air laut mungkin mengandungi kuman penyebab penyakit.

Jika tertelan air laut dalam jumlah banyak atau berasa tidak sihat selepas itu, sebaiknya minum air bersih dengan segera dan dapatkan nasihat perubatan jika gejala berterusan.
Terbaru Lebih lama