Program ini direalisasikan demi satu matlamat utama iaitu untuk membersihkan dan menceriakan semula kampung mereka, yang sebelum ini sering menjadi tumpuan kritikan akibat isu kebersihan di media sosial.
Diketuai oleh Saudara Mukmin Nantang, program ini memperlihatkan penyertaan aktif masyarakat setempat serta sokongan padu daripada sukarelawan NGO Borneo Komrad.
Lebih membanggakan, segala kelengkapan dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh penduduk Kampung Air Hujung sendiri, dengan sedikit sumbangan tambahan daripada Datuk Seri Shafie Apdal bagi memastikan kelancaran aktiviti.
![]() |
| 📷 Facebook Borneo Komrad |
Suasana pada pagi itu penuh dengan semangat berganding bahu dimana kaum lelaki, wanita, dan belia sama-sama mengangkat sampah, membersih kawasan rumah atas air, serta memperindah laluan kampung.
Gelak tawa dan kerjasama erat antara penduduk menjadi simbol bahawa roh gotong-royong masih subur di hati masyarakat Semporna.
Program ini bukan sekadar tentang kebersihan fizikal, tetapi juga membina semula imej dan maruah komuniti setempat. Inisiatif ini membuktikan bahawa apabila rakyat bersatu, tiada cabaran yang mustahil untuk diatasi.
NGO Borneo Komrad terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa masyarakat melalui aktiviti berasaskan komuniti, dan usaha murni ini wajar dijadikan contoh teladan kepada kampung-kampung lain di seluruh Sabah.
Akhirnya, seluruh penduduk Kampung Air Hujung menerima pengiktirafan dan penghargaan penuh atas kerja keras mereka yang tidak mengenal penat lelah.

