Tapi, pernahkah terfikir selain garam apa lagi sebenarnya yang kita tertelan masa itu ?
Kandungan utama air laut adalah terdiri daripada Garam (Natrium Klorida – NaCl) iaitu 3.5% kandungan air laut adalah Garam selain mempunyai unsur lain dalam julat yang sikit seperti Magnesium, Kalsium, Kalium, Sulfat dan Bikarbonat.
Tanpa kita sedari sebenarnya terdapat hidupan macro yang sangat kecil sehingga kita tidak perasaan bahawa ianya wujud bercampur dengan air laut kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seorang jurufoto iaitu David Liittshwager yang gemar menangkap gambar bersaiz macro telah cuba untuk mengambil gambar apa yang terkandung didalam titisan air laut dimana penemuan beliau menggunakan microskop adalah sangat mengkagumkan.
Mari kita lihat gambaran sebenar apa hidupan lain yang terdapat dalam air laut.
Telur Ikan
![]() |
Sebenarnya air laut dipenuhi oleh telur ikan yang berlegar di dalamnya. Ikan melepaskan jumlah telur yang sangat banyak dalam suatu masa setiap hari |
![]() |
Bersaiz tersangat kecil, Anthropod yang mempunyai warna lutsinar, walaupun belum matang namun sudah mempunyai organ yang boleh dikenali. |
Diatoms
![]() |
Ini adalah sejenis Alga Uniselular dengan dinding sel yang diperbuat daripada silika. Dianggarkan di dalam laut jumlahnya ada berjuta-juta hidupan seperti ini. |
Cyanobacteria
Copepods
Chaetognaths
Selain itu anda juga telah menelan pelbagai jenis hidupan mikroskopik lain antaranya termasuk larva krustasea kecil seperti nauplius, diatom, fustule, dan dinoflagellata.
Nauplius adalah larva mikroskopik yang tergolong dalam krustasea, Fustule pula adalah cangkang atau struktur pelindung yang dihasilkan oleh beberapa organisma mikroskopik, termasuk diatom, Dinoflagellata adalah sejenis protista yang mempunyai dua flagela untuk bergerak dan banyak lagi...
Liittschwager kini menjadi jurugambar yang menyumbang kepada majalah National Geographic , Scientific American , Audubon dan majalah lain.
Pada tahun 2011 Liittschwager telah ditugaskan untuk membuat Pameran Seni/Akta Tahunan Ketiga di Pusat David Brower di Berkeley, California.
Salah satu karyanya yang menarik dalam arkib tersebut adalah gambar makhluk dan hidupan makro didalam kandungan air laut.
Gambar-gambar beliau telah dipamerkan di banyak muzium, termasuk Muzium Sejarah Alam Amerika di New York City, Akademi Sains Kebangsaan di Washington, DC, Akademi Seni Honolulu di Hawai'i, dan Akademi Sains California di San Francisco. Liittschwager telah diberi penghormatan oleh Anugerah Foto Akhbar Dunia 2008 untuk artikelnya mengenai mikrofauna marin dalam majalah National Geographic (November 2007)
Secara amnya, hidupan-hidupan ini tidak berbahaya jika ditelan dalam kuantiti yang kecil. Walau bagaimanapun, meminum air laut secara berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi dan masalah kesihatan yang lain kerana kandungan garam yang tinggi dalam air laut.
Jadi kalau terminum air laut selepas ini semasa berenang, ingatlah mungkin anda telah termakan salah satu hidupan laut macro di atas...
📷 David Liittschwager