Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Kisah Selangaya Bongsu Dari Johor ke Pulau Omadal


Pada zaman dahulu kala, di negeri Johor Darul Takzim, bersemayamlah seorang raja yang terkenal dengan kebijaksanaan dan kemuliaannya, bernama Sultan Mahalikul Alam. 

Baginda mempunyai seorang puteri tunggal yang tiada tandingan cantik dan jelita akan rupanya iaitu Puteri Siti Zairan Kebaran. 

Kerana kejelitaannya menyebabkan dua pemuda yang gagah perkasa yang juga dua beradik telah jatuh cinta pada gadis yang sama. 

Kedua beradik itu bernama Selangaya Bongsu dan Haklum Nujum yang juga merupakan antara barisan pahlawan Johor yang gah namanya di negeri Johor. Mereka berdua itu telah terpikat oleh kejelitaan sang puteri dan berhasrat untuk memperisterikannya. 

Maka mereka pun menghadap Sultan Mahalikul Alam untuk menyatakan hasrat mereka. Namun baginda, seorang raja yang adil dan bijaksana, tidak mahu pilih kasih dan tidak juga mahu adanya perselisihan antara kedua beradik ini menyebabkan Sultan Iskandar Alam telah merancang satu pertandingan yang adil untuk mereka

Dirinya lalu bertitah,

Barang siapa di antara kamu yang berjaya tiba dahulu ke Pulau Angsa di perairan Johor, maka dialah yang akan aku kahwinkan dengan puteriku, Siti Zairan Kebaran.

Pulau Angsor ini adalah sebuah pulau yang terletak di dalam wilayah Kerajaan Johor. Maka bermulalah perlumbaan perahu yang menguji keberanian dan kepantasan kedua pahlawan itu. 

Layar dikembangkan, angin bertiup kencang, dan riak ombak menjadi saksi pertarungan dua saudara yang masing-masing mendambakan cinta sang puteri. 

Namun, nasib tidak menyebelahi Seliangaya Bungsu. Dalam pertengahan pelayaran, layar perahunya patah diterpa ribut, menyebabkan beliau tewas dalam pertandingan. 

Kakandanya, Haklum Nuzum, tiba dahulu di Pulau Angsa dan dikahwinkan dengan Puteri Siti Zairan Kebaran seperti yang dijanjikan. 

Akibat daripada tidak dapat menerima hakikat beliau dikalahkan oleh adiknya sendiri maka Seliangaya Bungsu yang kecewa dan malu telah bersumpah tidak akan menjejakkan kaki lagi untuk kembali ke Johor. Beliau pun belayar tanpa arah, membiarkan angin dan ombak menentukan nasibnya. 

Hari berganti hari, diceritakan dirinya telah mengembara dari satu pulau ke pulau lain seperti Pulau Mindanau dan Zamboanga.

Hinggalah akhirnya beliau tiba di salah satu pulau di Zamboanga, di selatan Filipina. Di situlah beliau menetap dan berkahwin dengan seorang wanita tempatan. Dia juga pernah menetap di Selatan Filipina iaitu di Pulau Setaluk.

Pulau Setaluk ini ditukar nama oleh Selangaya Bongsu menjadi Pulau Siasi yang dikatakan adalah bermulanya penghijrahan Selangaya Bongsu ke Pulau Omadal Semporna.

Dari perkahwinan itu, lahirlah dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun, malang tidak berbau. Setelah dewasa, kedua-dua anaknya itu melanggar adat dan hukum, apabila mereka saling jatuh cinta dan melakukan perbuatan terlarang.

Apabila perkara itu diketahui oleh Seliangaya Bungsu, beliau berasa amat malu dan hancur hatinya. Tidak sanggup menanggung aib, beliau mengambil keputusan meninggalkan keluarganya, lalu belayar seorang diri mencari ketenangan. 

Pelayarannya akhirnya membawanya ke sebuah pulau kecil yang damai bernama Pulau Omadal (atau Omaral). Di situlah beliau menetap, dan dari keturunannya di pulau itu, lahirlah zuriat yang kemudian menyebar ke pulau-pulau berdekatan, termasuk Pulau Bum-Bum, yang terletak di hadapan tanah besar Semporna. 

Dikisahkan, apabila ramai keturunannya berhijrah dan menetap bersama di suatu kawasan di Pulau Bum-Bum, mereka menamakan tempat itu sebagai Kampung Kubang, yang dalam bahasa mereka bermaksud “berhimpun” atau “berkumpul.” 

Manakala perkataan bajau atau badjao berasal daripada perkataan berjauhan kerana ketika itu mereka jauh daripada kampung halaman dan dari sinilah lahir satu kelompok etnik baru iaitu Bajau Kubang.

Sumber 
  • Imam Malang Imam Jamlang (temubual di Pulau Omadal, Sabah, 15/3/2009) dan Haji Bokara (temubual di Pulau Bum-Bum, Sabah, 14/3/2009)  
Terbaru Lebih lama