Pulau Mantabuan merupakan salah satu daripada 8 pulau yang terdapat di dalam Taman Marin Tun Sakaran dan ia merupakan pulau yang paling kecil dalam taman marin tersebut, dengan keluasan hanya sekitar 10.08 hektar.
Masa perjalanan untuk ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit menggunakan "speedboat" dari arah Jeti Umum Semporna, ramai pelancong dan pengunjung beranggapan bahawa pulau ini adalah sebuah permata kecil yang sangat "underrated" berbanding pulau-pulau lain yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran.
Selain pantai pasir yang putih, keistimewaan sebenar pulau ini adalah terletak apabila pengunjung melihat apa yang ada disekitar bawah permukaan laut pulau tersebut.
Selalunya, apabila kita menuju ke Pulau Mantabuan melalui aktiviti island hopping kita tidak akan turun dan berlabuh di pantai pulau tersebut. Memandangkan saiz Pulau Mantabuan yang kecil, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di daratan. Tarikan utamanya sebenarnya terletak di bawah permukaan laut, keindahan terumbu karang dan kehidupan marin yang mengelilingi pulau tersebut. Sebab itu, bot pelancong biasanya akan membawa kita ke lokasi yang sesuai, khususnya kawasan air yang lebih cetek dan selamat untuk aktiviti snorkeling.
Macam min, kitaorang pergi ke suatu tempat yang memang cantik dan memang sesuai untuk aktiviti snorkeling memandangkan waktu trip kitaorang ni tiada seorang pun di sini yang ingin melakukan aktiviti selaman ( scuba diving ). Pengalaman di Mantabuan memang sedikit berbeza, bayangkan kamurang terjun terus dari atas bot ke tengah lautan yang biru dan jernih...perghhh bila menyelam tu boleh nampak dengan jelas hidupan bawah permukaan laut, memang terbaiklah...
Pulau ini adalah sebuah tapak selam yang sangat istimewa dan kaya dengan biodiversiti marin yang tinggi. Untuk lebih mudah faham, perairan pulau ini dipenuhi dengan pelbagai jenis terumbu karang dimana direkodkan terdapat kira-kira 255 spesis karang dan 528 jenis terumbu.
Untuk mereka yang tidak tahu, jika kita ambil “Pakej Island Hoping” ingin ke Pulau Sibuan selalunya kita memang akan singgah ke Pulau Mantabuan terlebih dahulu kerana ia memang destinasi wajib yang disenaraikan dalam perjalanan kita termasuk ke Pulau Bohey Dulang dan Tatagan. Untuk lebih mudah faham, Island Hoping di Semporna ni secara kasarnya boleh di bahagikan kepada dua laluan.Laluan pertama tu membabitkan Pulau Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan dan Tatagan. Manakala bagi laluan yang kedua pula (selalunya senarai perjalanan “Island Hoping” yang ini akan dibuat pada hari kedua ketika korang berada di Semporna) iaitu membabitkan Pulau Mataking, Pom-Pom dan juga Timba-Timba.
Kalau ada yang kurang dimana salah satu pulau tidak tersenarai didalam antara dua laluan yang min kongsikan tu, ha… korang bolehlah tanya atau cek semula senarai pulau dan jumlah bayaran yang dikenakan oleh agen pelancongan yang bertanggungjawab mengatur perjalanan percutian korang selama berada di Semporna, mungkin mereka tidak sengaja termiss tu...
Selain itu, paling menarik adalah terdapat beberapa lokasi tapak selaman sekitar Pulau Mantabuan yang pasti memberi pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan bagi mereka yang minat aktiviti selam skuba dan snorkeling.
Antaranya seperti "Black Coral Garden" iaitu sebuah kawasan yang penuh dengan rimbunan karang berwarna hitam yang tumbuh membentuk gugusan atau “garden” di cerun terumbu. Ia menjadi sangat menarik untuk penyelam dan fotografi bawah air kerana bentuk karang yang bercabang serta dikelilingi kehidupan marin.
Yang ke-2 dikenali sebagai "Stingray Alley Way", nama ini merujuk kepada kawasan dan laluan hidupan dasar laut dimana peluang untuk kita melihat pari di kawasan tersebut adalah tinggi. Antara hidupan yang boleh ditemui termasuk Bluespotted Ribbontail Rays.
Air lautnya begitu jernih sehingga dasar laut dapat dilihat dengan jelas walaupun masih berada di atas bot. Warna air yang kebiruan kehijauan benar-benar memukau pandangan. Apa yang paling min suka ialah kedalaman air di kawasan ini tidak terlalu dalam (sesuai untuk orang yang tidak berapa pro berenang macam min Hahaha...) Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mandi-manda atau snorkeling dengan lebih selesa, termasuk yang masih baru ingin mencuba aktiviti ini. Suasananya juga jauh lebih tenang kerana tidak dipenuhi pengunjung. Hanya bot kami saja yang berada di situ ketika itu, memberikan satu pengalaman yang cukup santai dan lebih privasi.
Dan satu lagi kawasan tapak selam yang terdapat di Pulau Mantabuan adalah "Star Point", Ia memberikan pengalaman yang berbeza daripada kawasan karang hitam dan kawasan berpasir Stingray Alley. Kawasan ini pula terdiri daripada terumbu karang dan kepelbagaian hidupan marin lain seperti penyu, eagle ray, barracuda, bumbhead dan lain-lain lagi.
Bagi pandangan peribadi min, Pulau Mantabuan ni memang sebuah lokasi yang terkenal dengan aktiviti snorkeling dan amat berbaloi untuk korang pergi jika melakukan aktiviti “Island Hoping” di Semporna. Di sekitar pulaunya pula, keadaan tenang dan pantai putih bersih memastikan pengalaman korang seperti sedang melawat pulau bertaraf 5 bintang di luar negara, bezanya tidak perlu ke luar negara pun untuk merasai semua ini.
Terdapat juga penempatan penduduk setempat, dan kawasan ni selamat sebab di bawah pengawasan pihak keselamatan seperti polis dan tentera yang berkawal mengawasi sekitar pulau berkenaan.
Setelah puas berenang, snorkeling dan mengabadikan pelbagai kenangan indah, kami kembali menaiki bot. Badan terasa segar, hati pula semakin teruja kerana destinasi seterusnya sudah menanti. Perjalanan kami diteruskan menuju ke Pulau Sibuan, sebuah pulau yang terkenal dengan pasir putihnya yang mempesona. Apa pula pengalaman kami di sana? Nantikan perkongsiannya dalam entri seterusnya.
Kesimpulannya sesiapa disini yang minat aktiviti "snorkeling dan "Diving" jika tidak berkesempatan untuk menjejakkan kaki di Pulau Sipadan, Pulau Mantabuan adalah pilihan yang ada untuk merasai sendiri perkara dan pengalaman yang menakjubkan ketika berada melusuri dasar laut sekitar Pulau Mantabuan.
Catat Ulasan