Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Semporna Bakal Miliki Bandar Terapung Bertaraf Dunia


Semporna dijangka bakal memiliki sebuah bandar terapung bagi menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jaujan Sambakong, bandar terapung itu akan menjadi pilihan alternatif bagi para pelancong, khususnya mereka yang berkunjung ke pulau-pulau sekitar daerah berkenaan.

Beliau memaklumkan, kira-kira 300 ekar tanah kerajaan di pesisir pantai akan dibangunkan sebagai taman tema air. Konsep yang digunakan tidak melibatkan penambakan laut, sebaliknya menggunakan struktur bertiang dan teknologi berkaitan pendekatan pertama seumpamanya di negara ini.

Jika rancangan ini berjaya direalisasikan, ia akan meletakkan Semporna sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia. Konsep pembangunan yang dirancang juga menekankan pemeliharaan alam sekitar, termasuk hidupan laut serta terumbu karang sedia ada.


Bandar terapung di pesisir Semporna nanti akan dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya hotel, restoran dan taman tema air

Syarikat Kumpulan Hatten Sdn. Bhd. bertanggungjawab merangka pelan pembangunan tersebut, yang dijangka mengambil masa sehingga 15 tahun untuk direalisasikan.

Sementara itu, Pengerusi Hatten Group Sdn. Bhd., Datuk Wira Eric Tan Eng Huat berkata pihaknya merancang membina sekurang-kurangnya 10,000 bilik hotel di Semporna, yang berpotensi menarik antara empat hingga lima juta pelancong ke daerah tersebut setiap tahun.

Pembangunan bandar terapung Semporna itu akan membawa manfaat besar khususnya mewujudkan ribuan peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan di daerah ini.
Terbaru Lebih lama