Gua Penyu Di Pulau Sipadan Hanya Ada Satu di Dunia


Gua Penyu ( Turtle Cave ) di Pulau Sipadan, Semporna, Sabah merupakan satu keajaiban alam yang sangat jarang ditemui dan sering disebut sebagai satu-satunya gua di dunia yang menjadi lokasi semula jadi kematian penyu.

Keunikan ini menjadikan Sipadan bukan sahaja terkenal sebagai syurga penyelaman bertaraf dunia, tetapi juga sebagai lokasi fenomena alam yang luar biasa dan penuh misteri.

Keistimewaannya terletak pada sebuah cabang gua yang dikenali sebagai "𝐓𝐮𝐫𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐨𝐦𝐛", sebuah ruang yang menjadi tempat persemadian semulajadi penyu laut. Merupakan satu fenomena unik yang tidak pernah direkodkan di mana-mana lokasi lain di dunia.


Gua ini mempunyai dua cabang di mana salah satunya dipanggil sebagai ‘Turtle Tomb’ atau Gua Makam Penyu dengan berkedalaman 23m dan 100m dalam panjang mendatar

Dari namanya sahaja, anda boleh meneka bahawa gua tersebut merupakan tempat persemadian untuk penyu (khususnya spesies penyu hijau @ green turtle).

Cabang yang kedua pula dikenali sebagai ‘Triangle’, dengan berkedalaman 28m dan mendatar lebih kurang 15m.

Dinamakan sebagai Triangle kerana laluan pintu masuk ke lorong ini kelihatan berbentuk seolah-olah segi tiga.


Kewujudan gua ini mula didedahkan apabila ikon penyelidikan marin dan penerokaan laut dalam abad ke-20, 𝐉𝐚𝐜𝐪𝐮𝐞𝐬-𝐘𝐯𝐞𝐬 𝐂𝐨𝐮𝐬𝐭𝐞𝐚𝐮, memainkan peranan penting dalam merungkai rahsia yang tersembunyi di perairan Sipadan.

Seawalnya, mereka menyangka penyu-penyu itu sengaja memasuki gua sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

Namun, sangkaan itu ternyata meleset, ternyata penyu-penyu tersebut dipercayai tersesat di dalam gua, lalu kehabisan oksigen hingga akhirnya mati di situ.


Dipercayai gua unik di dasar Pulau Sipadan ini dipercayai mungkin pernah menjadi penempatan manusia pada zaman purba atau zaman batu. 

Terdapat teori, pulau ini pada asalnya adalah sebuah gunung dan pernah dihuni manusia sebelum ditenggelami oleh banjir besar suatu ketika dahulu.

Di dalam gua terdapat lorong pintu gerbang setinggi kira-kira 18 meter selain mempunyai banyak bilik dan bentuk meja yang tersusun, manakala dinding pintu gerbang mempamerkan dua warna berbeza iaitu putih di bahagian atas dan coklat di bawah dipercayai merupakan kesan paras air sebelum gua ini sepenuhnya ditenggelami laut. 

Setiap sudut gua seakan menyimpan rahsia sejarah yang menunggu untuk diterokai


Untuk menyelam masuk ke dalam Gua Penyu (Turtle Cave), seseorang penyelam skuba wajib mendapat kebenaran daripada Pihak Taman-Taman Sabah dan mengikuti kursus khas yang dikenali sebagai Full Cave Course. Kursus ini hanya ditawarkan oleh organisasi selaman teknikal tertentu seperti RAZOR.

Walaupun seseorang itu memiliki lesen selam skuba, ia tidak bermakna mereka boleh menyelam ke dalam gua sesuka hati tanpa latihan khusus, penyelaman gua boleh menjadi amat berbahaya dan berisiko tinggi.

Di Daerah Semporna, Sabah, terdapat seorang Course Director PADI yang juga Instructor RAZOR, iaitu Roihan Han, yang berkelayakan mengajar selaman sidemount, selaman teknikal serta pelbagai kursus khas lain.

🔖Artikel lain yang mungkin menarik untuk anda layari Triangle Gua Bentuk Segi Tiga di Dasar Laut Pulau Sipadan 🔗
Terbaru Lebih lama