Dulu, sewaktu min masih lagi menuntut ilmu & bersekolah di SK Pekan 2 Semporna, terdapat sebuah gua misteri yang dikenali sebagai Gua Susu terletak berhampiran sekolah tersebut.
Ketika itu SK Pekan 2 baru sahaja dibuka dan min adalah salah seorang pelajar terawal yang berpindah ke sekolah berkenaan. Ini adalah disebabkan arwah ibu ketika itu telah berpindah dan bertugas mengajar ke Sk Pekan 2, oleh itu secara tidak langsung min pun terikut sama pindah dari sekolah lama Sk Tagasan Semporna.
Waktu itu min baru saja menuntut di tahun 3 dan seingat min dulu, kawan-kawan selalu mengajak masuk ke dalam semak yang terdiri daripada banyak pokok-pokok getah dan pokok buah susu tumbuh liar bertentangan pintu gerbang sekolah.
Antara sebab kami selalu mengambil buah susu, atau mengambil buah biji getah. Selain untuk dimakan ia juga digunakan untuk dijadikan pelekat seperti gam kalau buat kerja sekolah atau dibawa balik untuk membuat layang-layang.
Waktu itu min baru saja menuntut di tahun 3 dan seingat min dulu, kawan-kawan selalu mengajak masuk ke dalam semak yang terdiri daripada banyak pokok-pokok getah dan pokok buah susu tumbuh liar bertentangan pintu gerbang sekolah.
Antara sebab kami selalu mengambil buah susu, atau mengambil buah biji getah. Selain untuk dimakan ia juga digunakan untuk dijadikan pelekat seperti gam kalau buat kerja sekolah atau dibawa balik untuk membuat layang-layang.
Waktu itulah untuk pertama kali min telah dibawa kawan-kawan sekelas untuk menjenguk sebuah gua yang didalamnya terdapat air yang boleh digunakan untuk mencuci kasut kami apabila kotor terkena tanah lecak.
GUA SUSU
Kenapa dinamakan gua susu ?
Terdapat dua sebab utama kenapa gua ini dipanggil sebagai gua susu, salah satunya mungkin disebabkan dulu di luar gua ini sekililingnya di penuhi oleh pokok buah susu.
Yang keduanya pula adalah disebabkan terdapat sebuah lopak air yang terletak didalam gua ini berwarna putih seperti susu yang bertakung dan sejuk.
Air putih yang bertakung tersebut adalah air daripada hakisan mendapan mineral yang terjadi daripada Kalsium Karbonat yang banyak terdapat di gua tersebut.
Ada juga yang memanggil gua susu ini sebagai gua susu disebabkan batu Stalaktit yang berbentuk seperti susu yang tergantung kemudian mengalirkan dan meneteskan air berwarna putih.
Sebenarnya gua ini juga selalu didatangi oleh penduduk kampung yang tinggal berhampiran untuk tujuan mandi, cuci baju dan lain-lain lagi kerana sumber air yang terdapat di gua tersebut.
Fenomena Mistik
Orang dulu-dulu percaya air putih dari gua ini mampu menyembuhkan penyakit mistik dan supernatural. Jadi tidak hairan akan selalu ada orang akan datang ambil air dari gua ini dan kadang-kadang meninggalkan colok yang terbakar untuk tujuan perubatan.
Gua ni sebenarnya ada dua, satu digelar Gua Susu Perempuan dan satu lagi adalah Gua Lelaki. Gua yang satu lagi ( Gua Lelaki ) dikatakan mempunyai penunggunya. Oleh itu tidak ramai yang berani untuk masuk mahupun datang dekat ke gua itu.
Ada juga yang berkata penunggu gua ini terdiri daripada hantu askar jepun yang menhantui sekitarnya, Allahualam...
Berbalik cerita tentang gua ini, penduduk tempatan sempat melontarkan pandangan dan menyampaikan beberapa cerita tentang gua susu ini yang dipercayai dulunya juga adalah sebuah kubu pertahanan milik askar jepun dan terdapat terowong yang menghubungkan gua ini dengan beberapa gua lain di sekitar Pekan Semporna.
Ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya tapak kuburan jepun yang terletak bersebelahan padang Sk Pekan 2 berhampiran bakau.
Ini min sendiri boleh sahkan sebab dulu waktu tinggal di flat guru setiap petang min akan turun main bola dan boleh nampak kuburan dibawah pokok petai di tepi padang bila mahu ambil bola yang tersepak ke arah kawasan tu.
Waktu ni pemain lagenda bola sepak Sabah Matlan Marjan masih tinggal di flat guru SK Pekan 2, kalau ndak silap di block 2 tingkat 2 lupa-lupa ingat sudah min.
Namun setelah sekian lama, kedatangan untuk kali ini amat mendukacitakan apabila melihat keadaan gua ini dengan kepala mata min sendiri yang keadaannya sangat berbeza dengan yang dulu, daif, terbiar dan kotor.
Hanya dipenuhi dengan saki baki tin gam, sampah sarap, kotor dan gua ini sudah lagi tidak berwarna putih dan airnya juga sudah kering ( seperti dalam gambar yang aku ambil ni )
Walhal menurut cerita orang lama yang membesar sekitar tahun 70-80an, bekas para pelajar dari SMK Abdullah dan Sk Pekan contohnya selalu membuat rombongan lawatan ke gua ini yang dikatakan sangat bersih dan cantik.
'Update' terbaru lagi, kini gua ini hanya tinggal kenangan kerana ianya telah menjadi tapak pembinaan penempatan penduduk yang berkembang pesat di persekitarannya setelah tapak pengumpulan sampah yang ada berhampiran waktu dulu telah dipindahkan.
Niat mahu ambil gambar di sini tapi tidak kesampaian jadi hanya mampu buat entry tentang kenangan gua susu yang pernah wujud ini, mesti ramai yang pernah ke marikan, terutama mereka yang membesar tinggal di penempatan yang berdekatan gua ini...
Niat mahu ambil gambar di sini tapi tidak kesampaian jadi hanya mampu buat entry tentang kenangan gua susu yang pernah wujud ini, mesti ramai yang pernah ke marikan, terutama mereka yang membesar tinggal di penempatan yang berdekatan gua ini...