MAAF SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU

Almanak - Kalendar Zaman Dulu-Dulu


Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi namun untuk makluman para pembaca, didalam gambar ini adalah sebuah Almanak iaitu sebuah kalendar yang pernah digunakan oleh orang-orang terdahulu.

Sebelum wujudnya sistem kalendar yang wujud pada hari ini secara digital ataupun tidak, Almanak telah digunakan oleh segelintir masyarakat bajau dan suluk pada zaman dulu sebagai alat yang digunakan untuk mengira hari, minggu, bulan, dan tahun, serta bagi menandakan tarikh-tarikh penting. 

Seperti yang kita lihat di dalam gambar, Almanak ini diperbuat daripada kepingan kayu dan diukir dengan tulisan jawi, kelihatan terdapat 12 bulan kalendar Islam Hijriah, 7 hari dalam seminggu dan 30 hari dalam masa sebulan.

Dipercayai kemunculan Almanak serta bagaimana penggunaannya tersebar di kalangan masyarakat kemungkinan besar adalah akibat daripada faktor pengaruh para pedagang arab yang singgah di Pulau Omadal selain daripada para ulama dan guru agama yang mula menetap dan mengajar penduduk tempatan ketika itu (menyebarkan ajaran agama Islam)

Menurut sumber, Almanak ini adalah salah satu kalendar pada waktu dulu yang masih lagi wujud dan disimpan secara rapi di Kampung Pulau Denawan Semporna.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama