Kahanga adalah sejenis siput dari keluarga siput gonggong dan siput sedut (keluarga siput laut Moluska) namun bezanya Kahanga ini bersaiz lebih besar dan mempunyai cabang-cabang tajam seperti duri.
Cengekerangnya tebal dan mempunyai isi yang sedikit kenyal berbanding jenis siput laut yang lain dan banyak ditemui di sekitar pantai dan laut tropika.
Mempunyai rasa yang unik, boleh disediakan secara rebus atau tumis. Tapi selalunya ia akan disediakan dalam masakan tumis seperti masa cilik api, masak asam pedas, kam heong, masak sambal dan macam-macam lagi.
Selalunya selain dijual bersama cengkerang, ia juga turut dijual (isi sahaja) dalam botol cola saiz kecil dalam harga Rm5 ke Rm10 sahaja.
Bila kita makan siput ini, ia akan meninggalkan penutup siput yang keras ( Opercelum ) seperti kuku yang tajam, dan bahagian ini tidak akan dimakan.
Bila kita makan siput ini, ia akan meninggalkan penutup siput yang keras ( Opercelum ) seperti kuku yang tajam, dan bahagian ini tidak akan dimakan.
Menariknya di Semporna, terdapat sebuah tempat yang penuh dengan kulit siput jenis ini, disebabkan kawasan tersebut maka sebuah tempat menjual makanan segar telah diberi nama sebagai Pasar kahanga yang menjadi tumpuan pemburu makanan laut eksotik di Semporna.

