Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Kima Kerang Gergasi


Kima adalah merujuk kepada kerang gergasi atau tridacna (nama saintifik: Tridacna spp.), iaitu sejenis moluska bercangkerang besar yang hidup di perairan cetek terumbu karang.

Saiznya boleh menjadi sangat besar, ada yang mencecah sehingga 1 meter panjang dan berat lebih 100 kg. Cangkerangnya keras dan beralun, sering dilihat tertutup atau sedikit terbuka di dasar laut.

Ia adalah salah satu jenis makanan tradisi bagi masyarakat kaum Bajau & Suluk terutama di bahagian Pantai Timur Sabah.


Bahagian yang dimakan ialah isi lembut di dalamnya, terutamanya otot aduktor (bahagian yang menutup cangkerang) dan kadangkala bahagian dalam yang berwarna. 

Terdapat beberapa jenis atau spesis kima yang berlainan saiz kerana ada yang besar dan kecil. Tetapi yang biasanya dibuat hidangan adalah kima dari spesis kima bohe, lapiran dan sollot-sollot kerana kima spesis ini adalah yang bersaiz kecil dan lebih mudah diperolehi kerana ramai yang menternaknya didalam sangkar. 

Kima boleh di makan mentah dengan cara dihidangkan bersama perahan air limau, sedikit cili serta garam sama seperti kilau atau sashimi, namun ramai juga yang memilih memasak atu menumis kima sama seperti menyediakan hidangan kerang yang lain.


Kulitnya juga selalunya akan digunakan untuk membuat cenderahati seperti cincin, gelang dan lain-lain dengan harga pasaran sekitar Rm100 sehingga Rm 200 bergantung kepada jenis kualiti.

Ia kini semakin jarang ditemui dan sebahagian spesiesnya dilindungi di banyak negara, termasuk Malaysia, kerana penangkapan berlebihan dan ancaman terhadap terumbu karang yang boleh mengancam kepada jumlah populasinya.

Di Sabah, penangkapan dan penjualan kima adalah terhad atau dikawal, terutama bagi spesies yang besar seperti Tridacna gigas. 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama