Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Singgah Snorkeling di Pulau Mantabuan


Sebelum ke Pulau Sibuan, rombongan kami singgah sebentar ke Pulau Mantabuan untuk aktiviti snorkeling. 

Sebenarnya kami ndak sampai pun menjejak kaki ke Pulau Mantabuan sebab pemandu pelancong kami cakap dia ada tahu satu tempat yang sesuai untuk aktiviti snorkeling berdekatan pulau tersebut.


Tapi memang betul jugalah sebab selain airnya yang sangat jernih, memang lokasi snorkeling yang dicadangkan ni sesuai sebab kedalamannya tidak berapa dalam seperti korang lihat dalam gambar.

Selamat dan privacy sikit sebab tidak ramai orang yang datang ke area kami ni, hampir 40 ke 50 minit jugalah kami lepak snorkeling dan mandi manda di sini.


Pulau Mantabuan adalah salah satu pulau yang paling tenang dan indah di Semporna, Sabah. Dikelilingi oleh air laut biru jernih dan terumbu karang yang masih terpelihara, ia merupakan syurga bagi pencinta selam skuba dan snorkeling.

Mantabuan, pulau kecil dengan pesona besar. Lautnya sejernih kristal, pasirnya sehalus sutera, dan ketenangannya bagai melodi alam yang menenangkan jiwa. Di sini, setiap ombak berbisik cerita keindahan yang sukar dilupakan.


Alo lo encem boy abam pemandu pelancong (Guide) kami ni, terima kasih abam farhan sebab cadangkan kawasan ni. Kawasan di Pulau Mantabuan mungkin tidak privacy sikit memandangkan di sana terdapat ramai orang sebab ada penempatan.

Selepas puas berenang dan melakukan aktiviti snorkeling, kami pun mula berkemas, siap sedia untuk menuju ke pulau seterusnya iaitu Pulau Sibuan.

Jumpa nanti di entry seterusnya...

Post a Comment

Terbaru Lebih lama