Pastil adalah sejenis kuih yang yang menyerupai karipap, tetapi intinya bukan kentang, ayam, atau ubi kentang.
Ia sering dianggap sebagai versi "karipap bihun" kerana bentuknya yang serupa dengan karipap, tetapi intinya diisi bihun.
Kuih ini sangat terkenal di beberapa daerah di Sabah dan sering dijual di gerai-gerai serta kantin sekolah.
Cara menyediakannya sama seperti membuat karipap namun kulitnya disediakan sedikit nipis, kemudian intinya pula akan diisi dengan bihun.
Sos Lada Untuk Makan Pastil
Berbeza dengan karipap biasa yang dimakan begitu sahaja, pastil dinikmati dengan sos lada yang memberikan rasa pedas, manis, dan masam. Sos ini biasanya disediakan dengan mencampurkan...
- Cili padi
- Bawang putih
- Cuka
- Gula
- Garam
- Air panas
Sos ini akan dituangkan ke dalam inti pastil setiap kali dimakan, (bukannya dicicah tetapi dituang kedalam inti dengan merobek sedikit kulit pastil).
Semakin banyak sos lada, semakin sedap rasanya...
Pastil menawarkan kombinasi rasa yang unik iaitu rangup di luar, lembut dan beraroma di dalam dan sedikit rasa pedas, manis, dan masam dari sos lada sebagai penambah rasa.
Hidangan ini bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memberikan pengalaman kuliner yang memuaskan, mencerminkan kreativiti dan kearifan lokal masyarakat Bajau dan Suluk di Sabah.
Pastil boleh didapati di Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, dan beberapa daerah lain di Sabah. Ia sering dijual di gerai-gerai makanan, pasar, dan kantin sekolah.
Selain itu, beberapa restoran tempatan juga menawarkan pastil sebagai hidangan istimewa.
Jika anda berpeluang mengunjungi Sabah, mencuba pastil adalah pengalaman kuliner yang tidak boleh dilepaskan. Jika anda berminat untuk mencuba membuatnya sendiri di rumah juga amat mudah.
Catat Ulasan