Susunan Peristiwa Kisah Penentangan Panglima Lohari Terhadap Kuasa Asing


Tahun 1895 menjadi saksi memuncaknya ketegangan diantara masyarakat Semporna dan pihak British. Kehidupan masyarakat Bajau yang bebas di laut kini digugat oleh dasar keras British North Borneo Chartered Company.

Pihak penjajah mula mencengkam kehidupan penduduk tempatan melalui pelbagai cukai dan kawalan perdagangan mengakibatkan ramai yang tertekan..

Dalam suasana tertekan itu, Panglima Lohari tampil bukan sekadar sebagai pemimpin, tetapi sebagai lambang keberanian dan keteguhan jiwa masyarakat tempatan berani bangkit melawan cengkaman British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada penghujung abad ke‑19 hingga awal abad ke‑20.

Berikut adalah susunan peristiwa penting yang berlaku sepanjang penentangan beliau terhadap kuasa asing sehinggalah Panglima Lohari akhirnya menyerah diri pada penghujung tahun 1901 dan ditahan di Semporna sebelum dibawa ke Sandakan.

1857 – Nama Tawao sudah wujud dalam peta (Ken Goodlet, 2010)

29.12.1877 – Perjanjian konsesi Borneo Utara antara Sultan Brunei dengan Overbeck

22.1.1878 – Perjanjian Pajakan Sabah antara Sultan Sulu dengan Overbeck

1879 - Sandakan mula diduduki dan dibuka oleh pihak Inggeris 

7.3.1885 – Protokol Madrid

1886 - Silam di buka oleh pihak Inggeris

1886-1887– Operasi HMS Zyhper, Pulau Omadal

10.5.1887 – Penempatan Semporna dibuka oleh Gabenor Crocker yang bererti cantik aman damai untuk dijadikan salah satu tempat perniagaan hasil hutan seperti rotan, sarang burung, gutta percha (getah), dari Pantai Timur Sabah ke Kepulauan Sulu (Owen Rutter, 1922 pg 41)

20.1.1891 – Perjanjian persempadanan antara pihak British dan Belanda

1.2.1891 – Pelantikan Ketua Kampung Pantai Timur seperti berikut :-

  • Maharaja Santa Toona – Semporna

  • Ulong Kaya Ngalun – Kampung Bharu

  • Panglima Lohari – Galam-galam

  • Panglima Abdul Rahman – Bajau Omadal

  • Maharaja Aluni – Bajau Omadal

  • Maharaja Samboi – Bajau Omadal

  • Imam Temenggung – Bajau Omadal

  • Rajah Tua – Orang Idahan

  • Datu Hya-Hya – Orang Idahan

  • Pangeran Amas – Orang Idahan

  • Sari Rajah – Orang Idahan

  • Baginda Putih – Orang Idahan

July 1895 - Panglima Lohari dan juga Nakib Jani yang suatu ketika dulu rakan baik pihak kompeni tetapi sejak kebelakangan ini tidak tanduk mereka telah menimbulkan sedikit keraguan dan keresahan menurut catatan AR Dunlop.

16.8.1895 – Laporan Dunlop dari Lahad Datu berjumpa dengan Raja Tuah, OK Anggalun, Panglima Binar dengan diiringi oleh 6 orang pengikut. Panglima Binar berkata bahawa rasa atau sikap tidak puas hati Nakib Jani dan Panglima Lohari terhadap pihak kompeni adalah tidak benar cuma buat masa ini mereka tidak mahu berjumpa dengan AR Dunlop.

21.8.1895 - Maharaja Alani, Maharaja Santa Toona dan Orang Kaya Anggalun berjumpa dengan Gabenor. Maharaja Alani mengadu kepada Gabenor bahawa penduduk Pantou Pantou mencuri dan merosakkan ladang kelapanya di Pulau Omadal

22.8.1895 - Gabenor melawat Pantou Pantou dan Imam Melian berjumpa dengan Gabenor. Imam Melian berkata tiada seorang pun pengikut beliau melakukan apa apa kesalahan dan penduduk Pantou Pantou ada membayar cukai kepala. Imam Melian dianugerahkan pangkat Orang Kaya oleh Gabenor. Gabenor seterusnya melawat Gosong Melanta tetapi Nakib Jani tidak kelihatan. Gabenor memberi amaran akan mengambil tindakan keras terhadap Nakib Jani.

31.8.1895 - Dunlop masih belum menerima sebarang berita tentang kedudukan dan soal taat setia Panglima Lohari terhadap pihak kompeni.

27.8.1895 - Maharaja Alani, Mamanco dan Nakib Jani berjumpa Dunlop bahawa mereka ingin berbaik dengan pihak kompeni. Nakib Jani dibenarkan untuk membuat rumah di Omadal atas sokongan Maharaja Alani.

November 1895 – Nakib Jani terlibat didalam kes pembunuhan Orang Sulu dan kes ini dijadikan alasan untuk menangkap beliau

18.11.1895 – Maharaja Alani berjumpa Dunlop dan cuba menangkap Nakib Jalani tetapi gagal atas bantahan penduduk Gosong Malanta

19.11.1895 – Dunlop pergi ke Gosong Melanta dan singgah sebentar ke Kampung Panglima Lohari. Panglima Lohari Bersama Kapten Grafton di atas kapal HM Redpole berlayar menuju lokasi Dunlop di Gulam Gulam. 

Panglima Lohari berada di Kampung Gulam Gulam tetapi mereka tidak dapat berjumpa sebab Dunlop ada urusan lain. 

Dunlop mengesyaki dan menyedari bahawa Maharaja Alani cuba melindungi Nakib Jani tetapi beliau membiarkan kejadian tersebut begitu saja

21.11.1895 – Dunlop berbincang dengan Maharaja Alani agar beliau harus faham atas rancangan dan Dasar pentadbiran  kompeni.

1.12.1895 – Maharaja Alani membuat laporan kepada Dunlop bahawa penduduk Gosong Malanta membantu Nakib Jani yang dianggap oleh pihak kompeni sebagai seorang pembunuh dan menghalang Maharaja Alani menjalankan tugas menangkap Nakib Jani

Dunlop merasakan bahawa tindakan beliau yang bertolak ansur terhadap Panglima Lohari akan memberi kesan buruk  dari segi tanggapan orang ramai terhadap gaya pentadbiran pemerintah, Dunlop mencadangkan untuk membuat pengkalan polis sama ada di Omadal atau di Pakerangin.

1.1.1896 – Dunlop mendapat laporan bahawa Maharaja Alani yang beliau amat percayai memberi simpati kepada Nakib Jani seorang pembunuh yang bersalah. Begitu juga Panglima Lohari mungkin satu hari nanti tidak akan mengikut perintah atau peraturan kompeni.

14.1.1896 – Maharaja Alani, Panglima Lohari dan Nakib Jani berlayar ke Silam menurut laporan Orang Kaya Anggalun.

5.3.1896 – Panglima Lohari berjumpa Dunlop dan meminta balik orangnya yang lari dan salah seorang telah berkahwin dengan Kee Kim Swee yang telah memeluk agama islam. Kes ini selesai apabila Kee Kim Swee memanggil Panglima Lohari sebagai bapa beliau. Panglima Lohari memberi tahu AR Dunlop bahawa satu hari nanti beliau akan membawa pengikutnya membuka negeri seperi Tawao

Panglima Lohari berbaik kembali dengan pihak kompeni dan membayar ikat jamin dan ingin melawat Tawao. Beliau juga memberi tahu hasratnya untuk membuka penempatan Bajau di Trusan Treacher bersama 5 orang pembesar atau pemimpin Suku Bajau.

April 1898 - Walter Hasting ingin bertemu dengan Panglima Lohari di Semporna.

Oktober 1898 - 2 orang Cina, seorang Suku Bajau dan seorang wanita di Tawau dilaporkan cedera disebabkan kes pajak gadai dan orang Bajau mencederakan peniaga cina dengan parang. Pegawai Daerah mendapati bahawa peniaga cina yang bersalah dan mereka dikenakan denda yang berat.

January 1899 - Peniaga Cina membuka kedai di Pulau Danowan

1899 - Serangan Suku Bajau terhadap Tawau oleh beberapa orang yang bernama Awong, Talilah, Takhiludin dan Kaking dengan membunuh 2 orang dan membawa lari 3 orang kanank kanak. Penjenayah berjaya melarikan diri dikejar oleh Maharaja Alani dan mereka didapati bersembunyi di Pulau Danowan dan Gubang.

30.1.1899 - SS Petrel bertemu Maharaja Alani dan Panglima Busari menjejak penjenayah Suku Bajau

Ogos 1899 - Para penjenayah masih berleluasa dan masalah ini perlu diselesaikan segera.

1900 - Laporan di terima dan tiada gangguan atau kekacauan oleh orang Suku Bajau di Semporna

21.7.1901 – Gobenor meminta semua pembesar termasuk para Panglima dan pengikutnya untuk taat setia kepada kerajaan. Mereka kena betul betul berjanji untuk mengikut segala arahan atau peraturan kerajaan yang selama ini mereka selalu mungkir janji. Dengan serta merta setiap kapal dan perahu perlu ada nombor pendaftaran. Pihak kerajaan akan menganggap bahawa semua kapal atau perahu yang tiada nombor sebagai perahu atau kapal musuh dan tindakan tegas akan diambil. Setiap kapal atau perahu yang ingin berniaga kena membayar lesen sebanyak 25 sen kepada kerajaan. Zaman kapal atau perahu keluar masuk tanpa sebarang peraturan seperti dulu kala sudah berakhir dan mereka kena hormat segala peraturan baru untuk kebaikan semua. Jika ada sebarang kesalahan dari segi mencolek serta penjualan hamba abdi dan membunuh maka tindakan undang undang akan diambil.


OPERASI SEMPORNA - 1901


Pegawai Daerah Tawau, Encik Molyneux, melawat Simporna, Pulau Bum Bum dan kawasan sekitar menjejak orang yang terlibat dengan pembunuhan di Tawau. Beliau juga cuba menilai sikap penduduk Bajau Semporna secara keseluruhan yang masih mengamalkan gaya hidup yang bebas tanpa ada sebarang peraturan dan melakukan jenayah termasuk membunuh tanpa menghiraukan sebarang tindakan undang undang. 

25.10.1901 – SS Normanhurst bertolak ke Semporna membawa pegawai perubatan dan juga 29 orang pasukan Dayak. Seorang Penghulu Suku Bugis di Tawau yang berjanji menyediakan 40 orang untuk menyertai operasi ini jatuh sakit dan tidak dapat ikut serta. Selain dari itu beliau meminta setiap orang pengikut beliau mesti dibekalkan dengan selaras senapang setiap seorang sebelum mereka ingin ikut berperang. Pihak Kompeni mengabaikan permintaan mereka dan membuat keputusan untuk tidak meminta bantuan Suku Bugis.

26.10.1901 – SS Normanhurst sampai ke Semporna jam 9.45 am dan berjumpa dengan Kough dengan 5 orang pengikutnya dari Lahad Datu. Mereka mencari seorang jurucakap Suku Bajau dan mendapatkan beberapa buah perahu. Kemudian menuju Pulau Larapan salah satu dari 49 pulau di sekitar persisiran pantai Semporna. 

Di Pulau Larapan pihak kerajaan memeriksa setiap rumah dan memastikan tiada sebarang senjata yang disembunyikan. Mendapat khabar angin bahawa Panglima Lohari sedang membuat kubu pertahanan. Pasukan mendarat di Kampung Larapan dan berjumpa beberapa laras senapang, parang dan bujak yang diperbuat dari nibung.

Mengirim surat kepada Panglima Lohari agar datang berjumpa dan melaporkan diri kepada pihak kompeni. Panglima Lohari datang dan terus ditangkap.

27.10.1901 – SS Normanhurst berlayar ke Kampung Gulam Gulam dan setibanya mereka di sana bendera putih dikibarkan oleh Orang Kaya, Ketua Masyarakat Gulam Gulam. Pasukan SS Normanhurst mendarat di Kampung Gulam Gulam dan mengeledah seluruh kampung tetapi tidak berjumpa sebarang senjata. Panglima Lohari ditangkap dan akan dibawah ke Sandakan sehingga semua pembunuh ditangkap.

28hb Oct 1901 – Kough meminta Panglima Busari dari Danowan untuk melaporkan diri. SS Normanhurst melawat Gubang dan mendapat beberapa senjata. Penduduk Pulau Gubang diminta pindah ke Semporna.

29.10.1901 – Kough melawat ke Egang Egang

30.10.1901 – Panglima Lohari telah lari dari jagaan dua orang yang mengawalnya. Pada waktu malam Angkatan tentera laut pihak Inggeris berlayar ke Gulam Gulam dan membakar semua rumah di kampung tersebut dan menangkap Orang Kaya Gulam Gulam.

31.10.1901 – berlayar balik ke Gulam Gulam dan menyelesaikan tugas mereka sambil mencari senjata di mana mereka jumpa senjata yang dikubur di dalam tanah. Panglima Busari, Panglima Melabi dan Setia Tanduan semua di tangkap.

1.11.1901 – SS Taganac dalam operasi mengeledah rumah rumah tepi persisiran pantai dan pulau berhampiran berjaya menangkap Marudin dan Malu dua orang pembunuh yang dicari cari selama ini Bersama 15 orang Dayak. Kedua duanya di bawa balik ke Tawao.

2.11.1901 – Kough cuba membuat perangkap di Egang Egang untuk menangkap seorang lagi pembunuh bernama Saleilah tetapi tidak berjaya.

3.11.1901 – semua penjenayah di bawa balik ke Sandakan dari Tawau

4.11.1901 – sampai ke Sandakan

6.11.1901 – Gabenor berjumpa dan bertanya dengan para penjenayah untuk mendapatkan maklumat

7.11.1901 – SS Normanhurst berlayar Kembali ke Semporna mencari saki baki kumpulan penentang.

8.11.1901 – Kough pergi ke Tawao

9.11.1901 - sampai ke Tawao

10.11.1901 – mengarahkan Maharaja Alani mencari pembunuh yang lain.

11.11.1901 – Melawat kampung Timbu Mata dan Pulau Gaya dan menyiasat punca Panglima Laut meninggal dunia.

12.11.1901 – pergi ke perkampungan Bum Bum, Pantau Pantau, Gosong Melanta dan Omadal tetapi tidak berjumpa sebarang senjata

13.11.1901 – melawat Pakalangan untuk membuat satu penempatan pihak kompeni

14.11.1901 – Kough melawat Danowan dan memberi tahu penduduk kampung bahawa Panglima Busari ditahan di Sandakan dan meminta penduduk kampung mencari pembunuh yang lain

16.11.1901 – SS Taganac sampai membawa surat dari Walter Hasting untuk mengumpul semua pembesar dan pemimpin Semporna

18.11.1901 – terima berita bahawa Panglima Lohari dan para pengikutnya berada di Sibutu. Menulis surat kepada Datu Baginda untuk memastikan laporan kedudukan Panglima Lohari

20.11.1901 – mesyuarat dengan semua pemimpin masyarakat Semporna ditangguhkan sebab Walter Hasting belum tiba

21.11.1901 – pergi ke Tawao dan ingin berjumpa Penghulu tetapi Penghulu masih sakit

22.11.1901 – SS Normanhurst dan SS Taganac berlayar ke Serudong

23.11.1901 – Kough dan Walter Hasting berlayar ke Sandakan

24 – 27.11.1901 – mencari kumpulan pembunuh

27.11.1901 – Datu Baginda mengesahkan Panglima Lohari dan pengikutnya akan berkumpul di Sibutu. SS Normanhurst cuba mengejar Panglima Lohari dan pengikutnya yang menggunakan sebanyak 9 perahu untuk menuju ke Si Butu.

28.11.1901 – berjaya menangkap si Marudin yang sebenar

 29.11.1901 – mendapat maklumat Panglima Lohari berada di Gulam Gulam tengah bersedih atas kejadian yang telah berlaku di kampungnya di mana musnah di bakar oleh pihak kompeni

30.11.1901 – Panglima Lohari bersama pengikutnya melaporkan diri dan mereka semua ditahan di Semporna dan di jaga oleh Panglima Udang selama 4 hari. Menghantar Si Lagun dan Setia Tanduan dengan 9 perahu mencari pembunuh yang lain.

1.12.1901 – pergi ke Gulam Gulam setelah mendapat laporan seorang wanita mati di bunuh dengan parang. Panglima Udang melaporkan bahawa Panglima Melanti secara suka rela akan mengatur segala urusan pengkebumian wanita tersebut.

3.12.1901 – berjumpa Panglima Lohari, Panglima Melanti dan Haliman yang masih menjadi orang tahanan dan bercerita dengan mereka. Semua tahanan di bawa ke Lahad Datu dan seterusnya ke Sandakan.

4.12.1901- balik ke Tawao

Pihak kerajaan mencadangkan semua Suku Bajau di Pulau Bum Bum mesti dipindahkan ke daratan secepat mungkin. Jika ini boleh dilaksanakan bahawa usaha untuk mengawal keselamatan Semporna akan lebih mudah.Pulau pulau berdekatan ini boleh menyebabkan mereka dengan senang melarikan diri apabila dicari oleh pihak berkuasa. Dengan cara ini maka dengan senang mengawal Suku Bajau dan meminta mereka membayar cukai perahu perdagangan dan menghentikan sistem penjualan hamba abdi.

1.4.1902 – Setia Tanduan, ketua suku Bajau ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin kerana didapati bersalah melindungi seorang pembunuh.

10.4.1902 – Orang Kaya Anggalun, Ketua Masyarakat Gulam Gulam melaporkan soal kayu balak di Pakalangan

12.4.1902 – Setia Tanduan dibebaskan dari segala tuduhan atas keterangan Panglima Lohari yang masih di penjara dan disaksikan oleh Panglima Udang.

20.4.1902 – OK Anggalun melaporkan bahawa beliau mendengar khabar angin bahawa para pengikut Panglima Lohari mengugut akan membunuh beliau.

21.4.1902 – waran tangkap 7 orang Suku Bajau yang sekarang menetap di Semporna atas tuduhan membunuh. Arahan juga dikeluarkan untuk menangkap seorang pembunuh bernama Si Punding di Egang Egang.

14.7.1902 – Penghulu Udang, Si Adang, Maharaja Alani, Orang Kaya Anggalun, Si Kambing, Sowalunie di bawa ke Sandakan untuk menjadi saksi perbicaraan tahanan dari Semporna yang sedang dipenjara.

16.7.1902 – Panglima Busari dibebaskan dari penjara oleh Gabenor dan boleh balik ke Pulau Danowan. Panglima Melanti masih disoal siasat.

19.7.1902 – Panglima Haliman dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun dan Panglima Melanti di denda sebanyak $50

December 1902 – Kesaik yang berjaya menangkap pembunuh bernama Si Punding di Sibutu meminta semua pengikut Panglima Lohari balik ke Semporna.

Selepas beberapa bulan dalam buruan, Panglima Lohari akhirnya menyerah diri pada penghujung tahun 1901 dan ditahan di Semporna sebelum dibawa ke Sandakan.

Walaupun beliau ditangkap, rekod rasmi selepas tahun 1902 tidak lagi menyebut tentang nasibnya. Sama ada beliau dibebaskan, dibuang negeri, atau dihukum mati, sejarah tidak pernah mencatatkan jawapannya secara jelas.

Nama beliau terus hilang tanpa disebut sebut lagi...

🔖 Artikel Asal 
Terbaru Lebih lama