Rahsianya bukan kerana air laut berubah warna, tetapi kerana cahaya dan alam sekeliling yang "bermain mata" dengan pandangan kita.
Apabila matahari memancar, warna merah, kuning dan oren cepat diserap oleh air. Tinggallah warna biru dan hijau yang memantul kembali ke mata kita.
Sebab itulah laut dalam tampak biru pekat, manakala laut cetek berpasir putih kelihatan biru kehijauan, seakan kristal yang berkilauan.
Air laut nampak mempunyai warna yang berbeza kerana ia dipengaruhi oleh cahaya, kedalaman, kandungan, dan keadaan sekeliling. Air laut sebenarnya tidak mempunyai warna.
Berikut penjelasan utama...
Penyerapan dan Pantulan Cahaya Matahari
- Cahaya matahari terdiri daripada pelbagai warna (spektrum). Air menyerap warna merah, oren, dan kuning lebih cepat, manakala warna biru dan hijau dipantulkan semula. Sebab itu laut dalam biasanya kelihatan biru atau biru kehijauan.
Kedalaman Air
- Di kawasan cetek, warna air boleh kelihatan hijau kebiruan kerana cahaya mudah menembusi dan dipantulkan oleh dasar laut berpasir atau berkarang.
- Semakin dalam laut, semakin pekat warna biru kerana cahaya lain sudah diserap habis
Kehadiran Alga, Plankton, dan Sedimen
- Disebabkan jumlah plankton yang banyak, air akan kelihatan hijau kerana pigmen klorofil memantulkan warna hijau.
- Banyak lumpur atau pasir terampai iaitu air jadi keruh atau kecoklatan.
Dasar Laut
- Jika dasarnya pasir putih maka air akan tampak biru cerah.
- Manakala jika dasarnya berlumpur/gelap, air akan tampak kehijauan atau kehitaman.
Pantulan Langit
- Laut juga mencerminkan warna langit. Jika langit biru akan kelihatan air laut lebih kebiru-biruan.
- Jika mendung atau senja, air boleh kelihatan kelabu, jingga, atau keemasan.
Kesimpulannya warna laut bukan kerana air laut itu sendiri berwarna, tetapi kerana cara air menyerap, memantulkan, dan membaurkan cahaya, ditambah pula dengan faktor biologi dan geografi.
Lepasni kalau datang Semporna, nampak keindahan air laut yang memukau bolehlah tahu serba sedikit kenapa air laut di sekitar pulau-pulau tersebut mempunyai pelbagai warna.

