Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Daerah Semporna


Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di daerah Semporna berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan umat Islam dari pelbagai kampung dan pulau sekitar.

Perarakan bermula seawal pagi setelah berkumpul di hadapan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Semporna sekitar jam 7 pagi dan disertai lebih 50 kontinjen mewakili agensi kerajaan, sekolah, badan bukan kerajaan (NGO), serta komuniti pulau.


Tema sambutan tahun ini, “MEMBANGUN UMMAH MADANI”, menjadi pegangan utama dalam setiap acara yang dijalankan. Perarakan membawa sepanduk ayat-ayat suci, selawat, dan laungan pujian kepada Nabi Muhammad SAW mewarnai suasana bandar Semporna yang dipenuhi dengan semangat ukhuwah.

Salah satu acara utama adalah PERARAKAN MAULIDUR RASUL KE MASJID AR-RAHMAN PEKAN SEMPORNA BERSAMA: YAB DATO’ SERI HJ MOHD SHAFIE BIN HJ APDAL, AHLI PARLIMEN 189 SEMPORNA yang menjadi tumpuan masyarakat setempat. 

Kehadiran beliau sebagai tetamu kehormat menambahkan lagi kemeriahan sambutan kali ini.


Dalam ucapannya di Masjid Ar-Rahman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menekankan bahawa Maulidur Rasul adalah kesempatan terbaik untuk menilai kembali sejauh mana umat Islam mencontohi perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam membawa mesej kasih sayang, keadilan, dan persaudaraan.

Majlis turut diserikan dengan pertandingan sepanduk, ceramah agama, serta majlis selawat beramai-ramai di Masjid Ar-Rahman, yang dihadiri para alim ulama dan tokoh masyarakat.

Sambutan berakhir dengan doa selamat, diiringi harapan agar masyarakat Semporna terus bersatu dan mencontohi nilai-nilai murni yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Terbaru Lebih lama