Monumen Pahlawan Peristiwa Berdarah Kampung Simunul Semporna 2013

Pada 2 Mac 2013, Kampung Simunul (Sri Jaya) di Semporna menjadi saksi sebuah insiden ngeri dimana seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan hendap oleh militan Tentera Sulu di Kampung Sri Jaya dan Simunul, Semporna ketika sedang menjalankan tinjauan op Daulat selepas pencerobohan bersenjata di Lahad Datu. Enam anggota tersebut ialah...

  • ACP Ibrahim Lebar
  • DSP Michael Padel
  • SJR Major Baharin Hamit
  • SJR Major Abdul Aziz Sarikon
  • SJR Salam Togiran
  • Kpl Mohd Azrul Tukiran

Anggota lain cedera parah, termasuk DSP Mohamad Hasnal Jamil yang menerima rawatan berterusan hingga kini. 



Sebagai tanda penghormatan kepada keperwiraan mereka, sebuah monumen pahlawan telah dibina berhampiran dengan sebuah lagi monumen peringatan lain iaitu menara tugu pertahanan bagi mengenang peristiwa berdarah di Semporna pada tahun 1954.

Kedua monumen peringatan ini duduk di satu kawasan yang sama di antara Taman Reaksi Semporna dan Pejabatan Tanah dan Ukur Daerah Semporna.


Tugu ini dibina untuk memperingati keterbukaan bahawa keamanan tidak datang percuma, tetapi melalui pengorbanan wira negara.



Ia melambangkan simbolik patriotisme, sebuah peringatan kepada komuniti masyarakat setempat bahawa walaupun rekaan tugu itu sederhana, ia sangat signifikan bagi penduduk tempatan supaya mengenang pengorbanan anggota keselamatan untuk memastikan keamanan dan keselamatan orang awam dan insiden serupa tidak akan berlaku lagi.

Tahukah anda Semasa sambutan Hari Pahlawan dan acara rasmi lain, aksi pantomim dan pertunjukan mengenang peristiwa tersebut sering disertakan didalam acara rasmi sebagai contoh terdapat satu lakonan khas di Ipoh sempena Hari Pahlawan 2023 .

  • Baca Selanjutnya 


Struktur tugu ini ringkas yang terdiri daripada enam tiang tegak melambangkan enam wira PDRM yang terkorban mempertahankan kedaulatan Malaysia. 

Tugu di Kampung Simunul bukan sekadar monumen statik, ia menjadi lambang keberanian, pengorbanan, dan peringatan hidup agar rakyat Malaysia menghargai keamanan. 

Struktur mudah yang dibina pada tapak tragedi mengimbau kembali malam hitam 2013 pada setiap generasi, agar jiwa dan semangat wira-wira ini akan sentiasa dikenanang dan tidak dilupakan.
Terbaru Lebih lama