Maaf, Sedang Dikemaskini Terdapat Beberapa Artikel Yang Mengalami Masaalah Teknikal

Harap Maklum....

Secara Ringkas Maksud Kafir


Perkataan ini sebenarnya berasal daripada bahasa Arab, iaitu kāfir (كافر).

Maksud "kafir" ialah orang yang tidak beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya, atau bukan Islam. Dalam konteks Islam, perkataan ini merujuk kepada seseorang yang tidak percaya atau menidakkan rukun iman. 

Dalam konteks yang lebih luas, ia merujuk kepada orang yang mengingkari, menolak, atau menolak untuk mengikuti kebenaran ajaran Islam. 

Terdapat beberapa jenis kekufuran seperti tidak percaya kepada kekuasaan Allah (Kufr-at-Takdhib), enggan beriman atau menuruti perintah Allah (Kufr-al-iba wat-takabbur ma'at-Tasdiq), meragui rukun iman (Kufr-ash-Shakk waz-Zann), atau berpaling daripada kebenaran secara sedar (Kufr-al-I'raadh). 

Kafir adalah istilah yang digunakan oleh Tuhan (Allah SWT) dengan nilai lembut terhadap orang belum/bukan Islam seperti tertera dalam al-Quran, contohnya dalam surah Al-Kafirun (109:1). 

Lalu apa masalahnya sehingga perkataan ini tidak digalakkan (dibenarkan) untuk digunakan ? 

Selalu kita dengar ada orang yang mengatakan perkataan Kafir ini adalah satu penghinaan kepada orang bukan beragama islam.

Mari kita lihat Kamus Dewan Bahasa apakah maksud Kafir.  


Tahukah kamu bahawa ada 525 perkataan kafir di dalam al-Quran, bahkan ada surah yang dinamakan ' Orang-Orang Kafir'.

Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) adalah surah ke-109 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 6 ayat dan termasuk surah Makkiyah. Nama Al Kaafiruun (orang-orang kafir) diambil dari kata yang muncul pada ayat pertama surat ini.

Maka kita gunakanlah kata sesuai peruntukan-Nya dan al-Quran adalah sebaik-baik rujukan.

Secara ringkasnya perkataan Kafir bukanlah suatu ayat Code Racist, melalui maknanya sahaja kita dengan mudah memahami maksudnya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama