Dari Piutu Menjadi Kuih

Siapa selalu buat mencari Piutu untuk dimasak menjadi kuih ?

Kalau nampak Piutu di dapur, tidak pun turun ke pasar membeli kemudian dibawa pulang kemudian dipotong nipis-nipis untuk di goreng ?

Tidak sangka rupanya Piutu juga boleh di masak menjadi kuih yang sedap untuk dimakan.

Piutu Goreng Siap dimasak

Piutu

Mungkin ada yang tahu dan ada juga segelintir yang tidak tahu Putu atau Piutu adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada ubi kayu. 

Ia adalah sejenis makanan tradisional kaum Bajau dan Suluk di Pantai Timur Sabah yang dijadikan makanan ruji menggantikan nasi.

Selalunya Piutu akan dimakan bersama makanan eksotik/tradisi lain seperti Sagol, Kima, Tayum dan lain-lain lagi.


Ikan Goreng & Piutu

Ceritanya begini, dulu min sendiri pun tidak tahu sehinggalah suatu hari tu bila bertandang dan melawat ke rumah salah sorang sahabat, min telah dihidangkan minum petang dengan air kopi panas bersama sejenis kuih.

Pada awalnya min ndak perasan, bila makan sedap pula macam pernah rasa ini kuih cuma kali ini variasi rasa tu berbeza sedikit tapi macam familiar...

Bila min tanya, laaaa... kuih yang min makan ni rupanya dibuat daripada Piutu yang digoreng kemudian disalut dengan susu. Barulah min tahu Piutu yang kita selalu makan tue boleh pula di potong-potong kecil kemudian digoreng menjadi kuih.

Mungkin disebabkan bahan utama untuk membuat Piutu adalah berasaskan ubi kayu, jadi jika ia digoreng variasi rasanya seakan-akan hampir sama seperti ubi kayu goreng atau kerepek ubi kayu goreng masuk akal juga.

Piutu Goreng dimakan bersama Ikan Rebus Kuah Berlada

Tapi seperti kita tahu Piutu sebenarnya melalui sedikit pemprosesan terlebih dahulu iaitu bermula dengan ubi kayu yang telah diparut kemudiannya dikukus, oleh itu rasanya akan sedikit berlainan dengan hanya ubi kayu saja jika digoreng. 

Ndak payahlah min cerita macam mana cara penyediaanya Hahaha... kamu pergi beli Piutu kemudian balik, potong kecil-kecil lalu goreng  (tapi goreng jangan di kasi lama sebab akan jadi keras) 

Bahagian paling menarik adalah Piutu Goreng ini kemudiannya akan disalut dengan susu pekat manis/susu tepung atau guna sambal kicap lada untuk memberi rasa kelainan ketika dimakan. Selamat Mencuba...
Terbaru Lebih lama